Sunday, 31 October 2010

JIPK Keluarkan 8 'Special Pass' Dan 9 Surat Panggilan

Twitter Facebook More

Oleh : JIPK

Bandar Seri Begawan (30/10/2010) - Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) telah mengeluarkan 8 'special pass' ke atas pekerja asing jaminan majikan dan amah, manakala kad pengenalan pintar mereka ditahan bagi siasatan lanjut serta 9 surat panggilan dikeluarkan ke atas majikan kerana didapati warga negara asing bekerja di gerai mereka, semasa Operasi Cekap di Taman Selera Bandar Seri Begawan.


Selain dari itu, empat orang warga negara asing dibawa ke pejabat kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen atau salinan dokumen yang mengandungi pas imigresen yang masih sah dan dua orang perempuan darinya adalah pemegang pas melawat yang dipercayai bekerja di gerai berkenaan, mereka telah pun diambil keterangan bertulis dan seterusnya dikeluarkan pas khas bagi siasatan lanjut.

Operasi 7.30 malam yang disertai 58 orang dan diketuai oleh Pemangku Penolong Pengarah Imigresen Bahagian Penguatkuasa Undang-undang JIPK, menyasarkan 25 buah gerai makan yang beroperasi dekat Sungai Kianggeh.

Menurut Siaran Akhbar JIPK operasi bertujuan bagi melaksanakan pemeriksaan ke atas premis perniagaan yang dinilai dan dipercayai mengambil pekerja warga negara asing yang menyalahgunakan pas imigresen.

Pada kesimpulannya jelas siaran itu operasi berkenaan berjaya mengesan aktiviti warga negara asing di negara ini dan dipercayai menyalahgunakan pas imigresen.

Warga negara asing yang menyalahgunakan pas melawat, jika sabit kesalahan akan diambil tindakan di bawah peraturan imigresen.

PERATURAN 9(4): Mana-mana majikan pemegang pas lawatan sosial atau pelancong di Brunei Darussalam tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang bentuk pekerjaan bergaji ataupun tidak.

HUKUMAN:
1. Boleh ditawarkan kompoun BND600 di bawah peruntukan Bab 58A(1)(b).

2. Boleh dihukum penjara tidak lebih dari enam bulan atau denda tidak melebihi BND2,000 atau kedua-duanya sekali di bawah peruntukan 35(2) Peraturan-peraturan Imigresen.

Manakala itu majikan yang mengambil bekerja pesalah imigresen.

MAJIKAN
BAB 55 (1)(e) Akta Imigresen Penggal 17

Mengambil bekerja atau mengaji pesalah imigresen yang telah melakukan perbuatan yang melanggar syarat-syarat Bab 6 Bab 15 atau 36 dari Akta atau Peraturan-peraturan Imigresen.

HUKUMAN
Penjara tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi dua tahun dan denda tidak melebihi BND6,000 atau kedua-duanya sekali, dan berikutnya penjara selama suatu tempoh tidak melebihi empat tahun, denda tidak kurang dari BND6,000 tetapi tidak melebihi dari BND12,000 atau kedua-duanya sekali di bawah peruntukan Bab 55(1)(iii).

-- hak milik Pelita Brunei

0 comments:

Post a Comment