Thursday 18 November 2010

Buku Pelan Tindakan Brunei Dilancarkan

Twitter Facebook More

Jerudong (13 November 2010) - Pertumbuhan ekonomi di kebanyakan negara anggota ASEAN yang memberangsangkan merupakan berita kejayaan perkembangan ekonomi di dunia.
Pencapaian pertubuhan berkenaan, menyebabkan negara-negara anggota ASEAN berjaya menarik pelaburan langsung asing (FDI) dan meningkatkan struktur industri serta mengintegrasikan ekonomi dunia melalui penyertaan dalam rangkaian kerja pengeluaran dan pengagihan antarabangsa dan serantau.

Perkara tersebut terkandung dalam buku Pelan Tindakan Brunei (BAP) dan Pelan Pengangkutan Strategik ASEAN 2011 hingga 2015 yang dilancarkan oleh Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah dan para jemaah menteri ASEAN lain.

Pelancaran buku tersebut diadakan petang tadi bersempena Mesyuarat Menteri-menteri Pengangkutan ASEAN Ke-16, berlangsung di Grand Hall, Empire Hotel and Country Club, di sini.

Pelan Strategik Pengangkutan ASEAN (ASTP) diluluskan bagi menyediakan rujukan sebagai panduan bagi integrasi dan kerjasama pengangkutan ASEAN dalam tempoh lima tahun ke hadapan.

Ia juga untuk mengenal pasti wawasan jangka masa panjang kerjasama pengangkutan ASEAN menjelang 2015. -- hak milik Pelita Brunei


(Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim)

1 comments:

obiajululaforte said...

Gambling in casinos and casinos: Find out why you'll never be
In 용인 출장샵 fact, the most common casino 양주 출장샵 online for blackjack is BetMGM, one of the most trusted online 광주광역 출장안마 gambling 상주 출장마사지 platforms in America. 경상북도 출장샵

Post a Comment