Sunday, 31 October 2010

Sektor Swasta Perlu Manfaatkan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Korea

Twitter Facebook More

Laporan : Dk. Hjh. Fatimah Pg. Hj. Md. Noor dari Ha noi, Viet Nam

Hanoi, Viet Nam (30/10/2010) - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menyuarakan sokongan ASEAN atas pendirian Kerajaan Republik Korea mengenai situasi di Semenanjung Korea dan berharap agar semua pihak akan komited untuk memastikan keamanan dan kestabilan di rantau itu menerusi dialog dan perundingan termasuk melalui Rundingan Enam Pihak (Six-Party Talks).


Dalam titah baginda juga berpuas hati dengan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN - Korea yang baru berkuat kuasa pada awal tahun ini dan menekankan keperluan untuk meningkatkan kesedaran mengenainya di kalangan sektor swasta supaya mereka dapat memanfaatkannya sepenuhnya. Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan berangkat menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN - Korea Ke-13 bersama Ketua- ketua Negara ASEAN dan Presiden Republik Korea, Tuan Yang Terutama Lee Myung Bak.

Dalam sidang ini Kebawah DYMM serta pemimpin Negara-negara ASEAN dan Korea bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan kerjasama ASEAN - Korea. Baginda juga berpuas hati melihat kemajuan yang dibuat dalam kerjasama ASEAN-Korea dan menghargai kepakaran dan bantuan Korea kepada ASEAN di pelbagai bidang seperti ICT, pendidikan dan 'pertumbuhan hijau karbon rendah' ( 'low carbon green growth') . Dengan adanya projek-projek sedemikian titah baginda ianya akan terus meningkatan kemampuan ASEAN, yang mana adalah sejajar dengan usaha Negara Brunei Darussalam untuk mencapainya.

Kebawah DYMM jua mengalu-alukan peningkatan pertukaran kebudayaan dan pertukaran antara penduduk (people-to-people exchanges) antara ASEAN dan Korea dalam menggalakkan pemahaman lebih baik di kalangan penduduk. Dari segi aspek politik dan keselamatan, termasuk usaha-usaha dalam menentang jenayah-jenayah merentas sempadan, baginda bertitah, usaha-usaha tersebut perlu diteruskan dan seterusnya kerjasama lain juga dapat dipertingkatkan dalam bidang pencegahan keganasan dan isu-isu maritim.

Menurut baginda, Korea adalah rakan ASEAN yang penting dan strategik yang mana sumbangan dan sokongan yang diberikan oleh republik itu adalah sangat dihargai di rantau ini. Hubungan ASEAN-Korea boleh dilihat terus berkembang sejak bertahun-tahun kebelakangan dan ASEAN melihat Korea sebagai sebuah ekonomi yang penting dan strategik di rantau ini.

-- Hak milik Pelita Brunei

0 comments:

Post a Comment