Oleh : Abu Bakar Hj. Abdul Rahman
Bandar Seri Begawan (26 Oktober) - Sebanyak sepuluh buah pasukan dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini menyertai Kejohanan Badminton yang diadakan di Dewan Riadah Pusat Belia di ibu negara, di sini.
Hadir menyaskikan perlawanan tersebut, Setiausaha Tetap di JPM, Awang Muhammad Lufti bin Abdullah.
Kejohanan yang dianjurkan oleh Jabatan Audit itu telah bermula kelmarin dan dijangka akan berakhir pada hari Ahad depan di tempat yang sama.
Kategori yang dipertandingkan termasuk VIP dan Veteran 45 tahun ke atas; Bahagian II dan III; Bahagian IV dan V; Terbuka Lelaki dan Terbuka Wanita.
Manakala pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan ialah JPM; Jabatan Audit; Biro Kawalan Narkotik; Biro Mencegah Rasuah; Jabatan Keselamatan Dalam Negeri; Jabatan Perkhidmatan Awam; Polis Diraja Brunei; Suruhanjaya Perkhidmatan Awam; Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi dan Jabatan Perkhidmatan Elektrik.
-- hak milik Pelita Brunei
0 comments:
Post a Comment