Bandar Seri Begawan, Khamis - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Timbalan Sultan hari ini berkenan menerima mengadap Duta Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik ke dua buah negara sahabat iaitu Dato Paduka Haji Ishaaq Haji Abdullah (kiri), Pesuruhjaya Tinggi ke Malaysia dan Haji Mohd Aziyan Abdullah (kanan), Pesuruhjaya Tinggi ke United Kingdom.
Kedua-dua duta itu telah menjunjung Watikah Pelantikan masing-masing Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 19 Oktober lalu.
Majlis mengadap tersebut diadakan di Istana Nurul Iman.
-- hak milik Media Permata
Sunday, 31 October 2010
Timbalan Sultan Berkenaan Menerima Mengadap
Posted by Neo Minda on 02:20


0 comments:
Post a Comment