Thursday, 18 November 2010

60 Orang Murid Terima Hadiah Cemerlang Sekolah Ugama PAPANB

Twitter Facebook More

Mukim Mentiri (12 November 2010) - Seramai 60 orang murid darjah Pra hingga Lima menerima hadiah cemerlang, bersempena dengan Sambutan Hari Pelajar dan Penyampaian hadiah Murid Cemerlang bagi tahun 2010, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Azemah Nikmatul Bolkiah (PAPANB) Kampung Mentiri.


Selain dari itu seramai 26 orang pula menerima hadiah terbaik dalam kedatangan sekolah (kehadiran).

Majlis sambutan tersebut juga diselajurkan dengan penyampaian hadiah kepada 21 orang murid yang menyertai peraduan tulisan jawi dan seramai 26 lagi menerima hadiah dalam kegiatan Ko-Kurikulum kegiatan dalam dan luar sekolah iaitu peraduan membaca Al-Qur'an, peraduan syarahan, peraduan Rawi, peraduan Dikir, peraduan Nasyid dan Tahlil.

Tujuan sambutan dan penyampaian itu adalah bagi memberikan galakkan kepada murid-murid sekolah berkenaan untuk lebih gigih berusaha dalam pelajaran, memperbaikan kedatangan sekolah dan kegiatan Ko-Kurikulum Sekolah.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Ugama PAPANB Kampung Mentiri, Dayang Hajjah Siti Fatimah bin Haji Ismail. -- hak milik Pelita Brunei


(Oleh : Haji Ahmad Haji Salim)

0 comments:

Post a Comment