Oleh : Bolhassan Hj. Abu Bakar
Bandar Seri Begawan (31/10/2010) - Negara Brunei Darussalam menduduki tangga keempat dalam senarai sepuluh teratas pengunjung ke Malaysia pada tahun 2009 dengan mencatatkan 1.06 juta pelancong.
Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Promosi Antarabangsa (ASEAN), Haji Zakaria bin Mohd. Nani, dari bulan Januari hingga Ogos tahun ini pula memperlihatkan jumlah peningkatan 6.1 peratus dengan 729,000 pelancong berbanding pada masa yang sama dalam tahun 2009.
Beliau menjelaskan perkara itu di Pelancaran Pakej Pelancongan Malaysia yang berlangsung di Pejabat Tourism Malaysia di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, seterusnya menambah, walaupun tahun lepas ekonomi sejagat merundum dan pandemik H1N1, namun jumlah pelancong yang tiba ke Malaysia mencatat peningkatan 7.2 peratus iaitu 23.6 juta orang dengan memperolehi RM51 bilion.
Pelancaran Pakej Pelancongan Malaysia bertujuan untuk menawarkan peluang untuk meneroka dan menikmati pelbagai tarikan kepada para pelancong dari negara ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Promosi Antarabangsa (ASEAN), Haji Zakaria bersama-sama Timbalan Presiden Persatuan Agensi Penggembaraan Brunei (ATAB), Pengiran Hajah Intan binti PDP Pengiran Haji Apong.
-- Hak milik Pelita Brunei
Monday, 1 November 2010
Brunei Di Tangga Ke-4 Senarai 10 Teratas Pengunjung Ke Malaysia
Posted by Neo Minda on 12:29


0 comments:
Post a Comment