Oleh : Bolhassan Hj. Abu Bakar
Bandar Seri Begawan (31/10/2010) - Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei (DPPMB) akan terus mengambil langkah dan mencari jalan keluar bagaimana caranya peniaga-peniaga Melayu Brunei dapat ikut serta melibatkan diri dalam perkembangan ekonomi di negara ini.
Sehubungan itu, DPPMB hari ini mengadakan mesyuarat untuk membincangkan beberapa agenda dan isu-isu nasional yang akan dibawa ke sesi dialog bersama Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB).
Mesyuarat yang berlangsung di Kelab Golf Penerbangan Diraja Brunei telah dihadiri oleh 50 orang ahli termasuk Presiden DPPMB, Awang Haji Razali bin Haji Johari serta Timbalannya, Pengiran Dr. Haji Amir Yussof bin Pengiran Haji Abbas Al-Haj.
-- Hak milik Pelita Brunei
Monday, 1 November 2010
DPPMB Bincang Agenda Nasional
Posted by Neo Minda on 12:18


0 comments:
Post a Comment