Tuesday, 16 November 2010

Istiadat Membuka Naubat

Twitter Facebook More

Bandar Seri Begawan (09 November 2010) - Naubat kini dibuka semula setelah ia tertutup atas kembalinya ke rahmatullah Al-Marhum Yang Amat Mulia Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail bin Pengiran Haji Mohammad pada hari Rabu, 12 Zulkaedah 1431 Hijriah bersamaan 20 Oktober 2010 Masihi.


Majlis Membuka Naubat berlangsung petang tadi di Lapau di ibu negara di hadapan Yang Dipertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.

Bacaan tahlil dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal.

Berikutan kembalinya ke rahmatullah Al-Marhum Yang Amat Mulia Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail bin Pengiran Haji Mohammad, Naubat ditutup selama 20 hari.

Doa selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, yang juga mengimamkan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria, Menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-timbalan Menteri, Pengiran-pengiran Peranakan, Yang Dimuliakan Pehin-pehin dan pegawai-pegawai kerajaan. -- hak milik Pelita Brunei


(Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi)

0 comments:

Post a Comment