Bandar Seri Begawan (10 November 2010) - Sijil Kesihatan dan Sijil Tangkapan (Catch Certification) diperlukan untuk menjalankan perusahaan penangkapan ikan untuk memastikan ikan-ikan tersebut selamat dimakan.
Selain dari itu kapal menangkap ikan juga tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan bagi memastikan tangkapan ikan memenuhi keperluan yang ditentukan.
Penceramah undangan dari Jabatan Perikanan Malaysia, Dr. Bah Piyan Tan menekankan perkara itu semasa menyampaikan taklimat mengenai Keperluan Kebersihan Kapal-kapal Menangkap Ikan di hari kedua Seminar Keselamatan dan Kawalan Kualiti Makanan Laut pagi tadi, di Dewan Setia Pahlawan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, di sini.
Dalam taklimatnya beliau juga antara lain menerangkan mengenai keperluan-keperluan seperti reka bentuk kapal, kebersihan peralatan, kebersihan di atas kapal, tempat dan cara penyimpanan ikan serta kebersihan pekerja yang terlibat.
Menurutnya, kapal menangkap ikan hendaklah direka bentuk dan dibina mengikut selayaknya bagi menjamin hasil tangkapan tidak dicemari oleh air bilga, kumbahan, asap, bahan api, minyak, dan apa-apa juga bahan yang boleh memudaratkan.
Di samping itu beliau juga menerangkan mengenai Program HOB, prosedur pemeriksaan kapal menangkap ikan, jenis pencemaran, kelulusan dan pengauditan untuk kapal menangkap ikan dan sebagainya.
Katanya, untuk mendapatkan kelulusan dan pengauditan kapal menangkap ikan para pengusaha mesti lulus ke semua syarat-syarat yang telah ditetapkan. -- hak milik Pelita Brunei
(Oleh : Haniza Abdul Latif)
Wednesday, 17 November 2010
Kapal Menangkap Ikan Perlu Mengikut Peraturan
Posted by Neo Minda on 20:39


0 comments:
Post a Comment