Tuesday, 16 November 2010

Kontinjen Negara Sertai Lima Acara Sukan Asia Ke-16

Twitter Facebook More

Bandar Seri Begawan (09 November 2010) - Para atlet dan pegawai Kontinjen Negara Brunei Darussalam berlepas pagi tadi bagi menyertai temasya Sukan Asia Ke-16, 2010 di Guangzhou, Republik Rakyat China yang akan bermula 12 hingga 27 November depan.


Kontinjen seramai 14 orang yang diketuai oleh Chef de Mission, Awang Haji Muhd. Zamri bin Dato Paduka Haji Hamdani mengandungi tujuh orang atlet, empat orang jurulatih, seorang doktor dan seorang pegawai perhubungan.

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada kontinjen negara sekali gus memberikan kata-kata perangsang dan semangat kepada semua atlet.

Di temasya kali ini kontinjen negara akan beraksi dalam lima acara sukan yang dipertandingkan iaitu 'Billiards Sports', Karate-do, Wushu, Lawan Pedang dan Sukan Berkuda. -- hak milik Pelita Brunei


(Oleh : Abu Bakar Hj. Abdul Rahman)

0 comments:

Post a Comment