Wednesday, 3 November 2010

Menteri Hal Ehwal Ugama Lawat Kediaman Penuntut Di Mesir

Twitter Facebook More

Oleh Nabilah Rosmasayu

Kaherah (02/11/2010) - Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Pengiran Haji Abdul Rahman mengadakan lawatan kerja ke beberapa buah kediaman mahasiswa dan mahasiswi Brunei Darussalam yang sedang belajar di Mesir.


Lawatan beliau diiringi oleh Yang Di-Pertua Penuntut Brunei Darussalam di Kaherah, Haji Muhammad Safwan Alwan Haji Aminuddin. Antara yang dilawati ialah empat buah rumah kediaman mahasiswa-mahasiswi serta dua buah markas Brunei di Kaherah terletak di Syabab Al-Mohandisien dan Raba'ah El-Adawiyah.

Markas Brunei ini adalah tempat mahasiswa-mahasiswi Brunei mengadakan aktiviti keagamaan dan acara-acara yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam di Kaherah.

Sepanjang lawatan tersebut, beliau telah menanyakan keadaan mahasiswa-mahasiswi di sini dari segi pembelajaran, kehidupan serta rumah-rumah sewa yg didiami.

Beliau turut menasihati pelajar-pelajar yang dilawati untuk hidup tabah dan bijak berdikari serta tidak mudah terpengaruh dengan pengaruh negatif.

-- Hak milik Media Permata

0 comments:

Post a Comment