Oleh : Nooratini Haji Abas
Lambak Kanan (05 November 2010) - Seramai 380 orang tenaga pengajar Sekolah-sekolah Rendah Kawasan Brunei II 'A' hari ini menghadiri Taklimat Program Pemberusan Gigi Berflorida Harian di Dewan Seri Manggis, Sekolah Rendah Dato Marsal.
Program tersebut merupakan program lanjutan yang dilaksanakan pada Jun dan Julai 2010 yang lepas dan kursus ini untuk guru-guru Sekolah rendah Brunei II 'A'.
Program kerjasama antara Jabatan Perkhidmatan Pergigian, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam itu bertujuan untuk melatih dan memupuk tabiat yang baik di dalam menjaga kesihatan mulut di kalangan kanak-kanak sama ada di sekolah dan juga di rumah.
Di samping mengenalkan penggunaan ubat gigi yang berfluorida setiap hari yang lebih murah dan berkesan untuk mencegah kerosakan gigi dikalangan kanak-kanak.
Program tersebut meliputi sesi taklimat yang disampaikan oleh Ketua Unit Mempromosi Kesihatan, Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan, Dayang Hajah Jamilah binti Haji Mohd. Ali mengenai cara membasuh tangan dengan yang betul dan Pegawai Pergigian Kanan dan Ketua Bahagian Penyelidikan dan perkembangan (Pergigian), Kementerian Kesihatan, Dr. James Lee Moh Kiang menyampaikan taklimat mengenai pemberusan gigi harian dilakukan dan kenapa ia diperlukan.
Jururawat Kanan, Jabatan Perkhidmatan Pergigian, Kementerian Kesihatan, Dayang Norainah binti Haji Mohin pula menerangkan mengenai Perkongsian Maklumat Kesihatan Mulut dan Jururawat Pergigian, Kementerian Pergigian, Kementerian Kesihatan, Dayang Rinnah binti Idris menjelaskan mengenai Pemberusan Gigi Berflorida Harian di Sekolah dan Guru Besar Sekolah Rendah Selangan, Temburong, Awang Rosli bin Haji Abd. Rahman menyampaikan taklimat mengenai Perkongsian Pengalaman dalam Pengendalian Pemberusan Gigi Berflorida.
Sejumlah 17 buah sekolah rendah Brunei I di setiap daerah telah pun dilatih dan disediakan bekalan dan peralatan serta diberi tunjuk ajar memberus gigi setiap hari di sekolah masing-masing.
-- hak milik Pelita Brunei
Sunday, 14 November 2010
Program Kesihatan Pergigian Cegah Kerosakan Gigi
Posted by Neo Minda on 16:46


0 comments:
Post a Comment