Oleh : Rohani Hj. Abd. Hamid
Bandar Seri Begawan (04 November 2010) - Tabung Kemanusiaan Mangsa Bencana Banjir Pakistan sejak 16 Ogos yang lalu sehingga ke hari ini telah berjaya mengutip sebanyak BND244,878.91.
Sementara itu pada hari ini tabung berkenaan telah menerima sejumlah BND145,973.73 dari pelbagai agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat swasta, persatuan-persatuan dan NGO's.
Semua derma berkenaan telah diserahkan kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah, selaku Penasihat Bersama Tabung di satu Majlis Penyerahan Derma yang dilangsungkan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) menyumbangkan derma sejumlah BND50,000 dan Kompleks YSHHB (kutipan dari orang ramai) dengan jumlah BND7,040.81. Kedua-dua derma berkenaan telah diserahkan oleh Pengarah Urusan YSHHB, Dato Paduka Awang Haji Ali Hashim bin Haji Daud.
Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dengan jumlah BND10,080, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama berjumlah BND23,507.78, Jabatan Pengajian Islam dengan jumlah BND7,444.31, Jabatan Belia dan Sukan dengan jumlah BND7,292.44, Kementerian Pembangunan dengan jumlah BND2,157.60, Jabatan Daerah Brunei dan Muara dengan jumlah BND520.
Jabatan Daerah Belait dengan jumlah BND2,669, Jabatan Daerah Tutong dengan jumlah BND2,315.80, Jabatan Daerah Temburong dengan jumlah BND486.52, Persatuan Bank-bank dengan jumlah BND19,093.02, DST Group Communication Sdn Bhd dengan jumlah BND41,589, B.Mobile Sdn Bhd dengan jumlah BND5,179, Persatuan PEKERTI dengan jumlah BND3,329.50, Persatuan PENIAGANITA dengan jumlah BND2,000 dan Giant Hypermart Tasek Rimba dengan jumlah BND1,441.44.
Dalam Siaran Akhbar Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, pihak Jawatankuasa Tabung Kemanusiaan Mangsa Banjir Pakistan dengan amat sukacita merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penderma di negara ini sama ada secara individu, kumpulan, pertubuhan, badan-badan atau syarikat-syarikat di atas sumbangan derma yang telah diberikan kepada tabung tersebut.
"Mudah-mudahan dengan sumbangan ikhlas yang telah dihulurkan para penderma sekalian akan mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah Subhanahu Wata'ala," jelas Siaran Akhbar.
-- hak milik Pelita Brunei
Friday, 12 November 2010
Tabung Mangsa Bencana Banjir Pakistan Berjaya Kutip Sejumlah BND244,878.91
Posted by Neo Minda on 14:16


0 comments:
Post a Comment