Thursday, 18 November 2010

Tapak Pelupusan Sampah, Bertukar Wajah Menjadi Taman Rekreasi Awam

Twitter Facebook More

Bandar Seri Begawan (12 November 2010) - Tapak pelupusan sampah di Sungai Akar akan bertukar wajah menjadi Taman Rekreasi Awam bagi masyarakat melakukan kegiatan riadah, apabila siap sepenuhnya pada bulan November tahun depan (menurut Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (LKEB).


Wakil-wakil media tempatan bersama Pegawai-pegawai Kanan LKEB serta Jurusy Perunding hari ini dibawa meninjau secara dekat mengenai projek tersebut.

Semasa tinjauan tersebut wakil dari Jurusy Perunding, Awang Han Pau Ting selaku kontraktor yang dilantik untuk mereka-bentuk, membina dan mengoperasikan projek itu untuk menjadikannya sebuah taman rekreasi awam yang sesuai bagi kawasan beriadah atau bersukan memberikan taklimat.

Beliau menerangkan kemudahan dan perancangan yang sedang dan akan dilaksanakan dikawasan tersebut berbanding sebelumnya sebagai tempat pelupusan sampah yang kurang menyenangkan.

Sebahagian kawasan menurutnya, masih tetap akan digunakan sebagai pelupusan sampah namun lebih baik dari sebelumnya dimana sampah yang dibuang akan menjalani beberapa proses dan akan dihantar ke tapak Sungai Paku bagi proses selanjutnya.

Jika tender bagi projek di kawasan Sungai Paku Landfill yang dijangka siap penghujung tahun 2011 itu ditawarkan secara terbuka katanya, proses perawatan sampah akan lebih mesra alam untuk jangka masa panjang.

Sementara itu Ketua Divesyen bahagian Infrastruktur dan Pembangunan, Awang Julian Fung antara lain menerangkan, projek mentransformasi kawasan pelupusan sampah Sungai Akar akan menggunakan beberapa kaedah terbaru selain beberapa kaedah biasa.

Antara kaedah itu katanya, ialah memasang sejumlah 'gas flare pipes' pada kawasan pembuangan sampah yang sudah ditimbus tanah bagi melepas sampah ke udara dan buat masa ini paip-paip yang dipasang masih lagi mengeluarkan gas manakala sebahagiannya sudah tidak lagi mengeluarkan gas.

Selain itu jelasnya, 'leachate treatment process' dan 'geosynthetic clay liner' juga digunakan bagi menjamin bau dan cecair yang sudah terbuang lama akan dapat dikawal serta diproses kembali khasnya bagi cecair dari pembuangan najis yang dibuang sebelum itu. -- hak milik Pelita Brunei


(Oleh : Aimi Sani)

0 comments:

Post a Comment