Bandar Seri Begawan (07 November 2010) - Yeo Yeo, seseorang pelajar Sekolah Saint Andrews, Bandar Seri Begawan, johan Peraduan Melukis Sempena Hari Pengurusan Bencana ASEAN dan Hari Antarabangsa Bagi Pengurangan Bencana Peringkat Serantau bagi tahun 2010 membawa pulang USBD1,000, plak dan sijil penyertaan.
Yeo-Yeo bersama ibunya dan seorang pegawai dari Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) pulang ke negara ini setelah menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah tersebut di Bangunan Pusat Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Bangkok, Thailand.
Hadiah disampaikan oleh Setiausaha Agung ASEAN, Tuan Yang Terutama Dr. Surin Pitsuwan pada 13 Oktober lepas.
Lukisan Yeo Yeo mewakili penyertaan Negara Brunei Darussalam setelah memenangi Peraduan Melukis Peringkat Kebangsaan anjuran NDMC bersama Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.
Majlis Penyampaian Hadiah bagi peraduan peringkat kebangsaan diadakan pada 5 Ogos lalu di Dewan Serbaguna Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Peraduan tersebut antara lain bertujuan memberikan galakan bakat melukis kepada kanak-kanak sekolah berumur 12 tahun ke bawah sekali gus mempromosikan dan meningkatkan kesedaran mengenai inisiatif pengurangan risiko bencana.
Peraduan tahun ini bertemakan 'Bandaraya Saya, Masa Depan Saya: Menjadikan Bandaraya-bandaraya ASEAN Selamat Dari Bencana' (My City, My Future: Making ASEAN Cities Safe From Disaster).
Sejak pertandingan ini dianjurkan pada tahun 2008, Negara Brunei Darussalam telah berjaya meraih tempat kelima pada tahun 2008 melalui penyertaan Awang Khairil Anwar bin Jumat dari Sekolah Rendah Jerudong, tempat keempat pada tahun 2009 melalui Awang Mohammad Yusdi bin Haji Mohd. Yusof pelajar Sekolah Rendah Lubok Pulau, Tutong.
-- hak milik Pelita Brunei
Sunday, 14 November 2010
Yeo Yeo Bawa Pulang USD1,000, Plak Dan Sijil Penyertaan
Posted by Neo Minda on 18:53


0 comments:
Post a Comment