Monday, 1 November 2010

Khatam Al-Qur'an Dan Doa Kesyukuran Mahasiswa Dan Mahasiswi ITB

Twitter Facebook More

Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Hj. Ahmad

Jerudong (31/10/2010) - Institut Teknologi Brunei (ITB) hari ini mengadakan Majlis Khatam Al-Qur'an dan Doa Kesyukuran bagi mahasiswa dan mahasiswi pengambilan ke-24 sesi tahun 2008-2010 yang berlangsung di Hotel LR Asma.


Hadir selaku tetamu kehormat, Naib Canselor ITB, Dato Paduka Dr. Haji Omar bin Haji Khalid.

Seramai 112 mahasiswa dan mahasiswi ITB menyertai majlis pada kali ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah yang dipimpin oleh Ketua Bahagian Agama ITB, Awang Haji Ali Amat bin Haji Ali Hassan.

Majlis turut diserikan dengan persembahan Dikir Marhaban yang dipersembahkan oleh Kumpulan Dikir Mahasiswa ITB.

Majlis disusuli dengan menabur bunga rampai dan penyampaian sijil-sijil penyertaan kepada para peserta khatam.

Acara seumpama ini adalah salah satu aktiviti tahunan anjuran ITB yang dikendalikan oleh Unit Ugama, ITB.

-- Hak milik Pelita Brunei

0 comments:

Post a Comment