Wednesday, 3 November 2010

'Malam Selebriti' Untuk Kakitangan SCB

Twitter Facebook More

Bandar Seri Begawan (02/11/2010) - Bank Standard Charted Brunei telah menganjurkan satu majlis makan malam tahunan untuk kakitangannya di Hotel Centrepoint dengan tema "Malam Selebriti".


Majlis dihadiri oleh lebih 300 kakitangan bank dan dimeriahkan lagi dengan pelbagai program seperti beberapa permainan, cabutan bertuah dan diselang-seli beberapa persembahan daripada kakitangan dan beberapa pengurus kanan.

Ketua Pegawai Eksekutif SCB Danny Quah dalam ucapan belia, mengalu-alaukan kedatangan semua kakitangan dan berterimakasih kepada mereka atas pelbagai sumbangan mereka dalam beberapa kejayaan yang dicapai oleh SCB dalam tahun ini.

"Ia adalah tahun yang mengujakan dan kita melihat begitu banyak perubahan. Dengan budaya kerja berkumpulan kita yang kuat, saya yakin dan sukacita memaklumkan kita sentiasa bersedia menyahut segala cabaran," kata Quah.

Sepanjang majlis berkenaan, para kakitangan SCB dihidangkan dengan makanan hebat yang terpilih dengan banyak juga peluang memenangi pelbagai permainan, cabutan bertuah, pakaian terbaik dan anugerah untuk kakitangan terbaik.

Di samping itu semua kakitangan juga berpeluang mengenali sesama dari pelbagai jabatan dan daerah di luar masa bekerja.

-- Hak milik Media Permata

0 comments:

Post a Comment