Jerudong (08 November 2010) - Pegawai-pegawai Pengangkutan Kanan ASEAN akan mengadakan perbincangan bagi mempertimbangkan keputusan-keputusan susulan, dasar-dasar dan hala tuju-hala tuju, tindakan-tindakan susulan, projek-projek dan inisiatif-inisiatif yang telah dipersetujui oleh ketua-ketua ASEAN yang diperlukan untuk perkembangan infrastruktur-infrastruktur pengangkutan.
Selain itu para pegawai pengangkutan kanan ASEAN juga berbincang untuk meningkatkan hubungan dan rangkaian bagi mengukuhkan integrasi serantau dan persaingan pengangkutan dan rangkaian ASEAN dengan tujuan ke arah mencapai Masyarakat ASEAN 2015 (ASEAN Community 2015).
Perbincangan mengenai agenda tersebut diadakan dalam Mesyuarat Pegawai-pegawai Pengangkutan Kanan ASEAN Ke-30 yang berlangsung esok, 8 hingga 12 November ini di Empire Hotel and Country Club.
Mesyuarat Menteri-menteri Pengangkutan ASEAN Ke-16 dan Mesyuarat-mesyuarat bersama Rakan-rakan Dialog ASEAN: Republik Rakyat China, Jepun dan Republik Korea akan diadakan selama dua hari di tempat yang sama bermula 11 November.
Tahun ini merupakan giliran Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah mesyuarat-mesyuarat berkenaan di mana antara perkara-perkara berkaitan yang akan disampaikan semasa 30th STOM termasuklah pelbagai insiatif dan kerjasama ASEAN dalam tiga mod pengangkutan, iaitu pengangkutan udara, darat dan laut.
Terdahulu dari itu pelaksanaan berbagai inisiatif kepada 16th ATM, 30th STOM dijangka akan mempersetujui draf terakhir bagi Pelan Pengangkutan Strategik ASEAN yang merupakan Pelan Tindakan Brunei (Brunei Action Plan - BAP) 2011-2015 yang mana akan menjadi peta jalan strategik utama dan rujukan kepada kerjasama dan integrasi pengangkutan ASEAN dalam lima tahun akan datang untuk dihadapkan kepada 16th ATM. BAP 2011-2015 akan bertindak sebagai rujukan utama kepada kerjasama pengangkutan ASEAN untuk sokongan bagi penubuhan Masyarakat Ekonomi ASEAN (ASEAN Economic Community - AEC) menjelang 2015.
Ianya direka dengan beberapa tindakan strategik dan jangka masa yang mana sejajar dengan Pelan Induk Bagi Rangkaian ASEAN (Masterplan for ASEAN Connectivity) yang baru disahkan semasa Mesyuarat Kemuncak ASEAN di Hanoi.
Sebagai tambahan kepada di atas, 30th STOM akan juga menyediakan untuk 16th ATM dokumen-dokumen bagi kesimpulan untuk Memorandum Persefahaman (Memorandum of Understanding - MOU) mengenai Perjanjian Perkhidmatan-perkhidmatan Udara ASEAN dengan Rakan-rakan Dialog (MOU on ASEAN Air Services Engagement with Dilogue Partners) dan Perjanjian Berbagai Hala ASEAN Mengenai Pembebasan Sepenuhnya Perkhidmatan-perkhidmatan Udara Penumpang (ASEAN Multilateral Agreement on the Full Liberalisation of Passenger Air Services - MAFLPAS) dan protokol-protokol 1 dan 2.
Kesimpulan dan penandatangan seterusnya bagi dokumen-dokumen tersebut dan protokol-protokol pelaksanaannya akan menyediakan landasan yang kompetitif dan peluang-peluang untuk lebih meluaskan lagi kemasukan kepada pasaran dalam laluan udara di dalam rantau ASEAN, terutama menambahkan lagi destinasi, meningkatkan kapasiti dan mengurangkan tambang.
Mesyuarat juga dijangka akan menyiapkan sepenuhnya Perjanjian Pengangkutan Udara ASEAN-China (ASEAN-China Air Transport Agreement [ACATA]) dan Protokol 1 untuk ditandatangani oleh menteri-menteri berkenaan yang bertanggungjawab bagi pengangkutan antara negara-negara ahli ASEAN dan China semasa ATM-China Ke-9 (9th ATM+China). Sementara itu, MoU mengenai Mekanisma Konsultasi Laut ASEAN-China (ASEAN-China Maritime Consultation Mechanism) untuk ditandatangani oleh para pegawai kanan dari ASEAN dan negara-negara ahli ASEAN.
Mesyuarat-mesyuarat dengan rakan-rakan dialog ASEAN, sebagai sebahagian dari 30th STOM dan 16th ATM, akan membincangkan inisiatif dan meneliti pelbagai projek kerjasama dengan rakan-rakan dialog iaitu Republik Rakyat China, Jepun dan Republik Korea. Mesyuarat-mesyuarat tersebut akan membuka laluan kepada hubungan yang lebih kukuh antara negara-negara ahli ASEAN dan rakan-rakan dialog ASEAN.
Kira-kira seramai 200 peserta bagi mesyuarat-mesyuarat ini iaitu terdiri daripada negara-negara ahli ASEAN, rakan-rakan dialog ASEAN iaitu Republik Rakyat China, Jepun dan Republik Korea dan perwakilan-perwakilan dari Sekretariat ASEAN. Delegasi lain, termasuk para pegawai kanan dari Kementerian Perhubungan dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta wakil-wakil dari agensi-agensi swasta yang terlibat dalam sektor-sektor pengangkutan.
-- hak milik Pelita Brunei
Tuesday, 16 November 2010
Negara Menjadi Tuan Rumah Mesyuarat Pegawai-Pegawai Pengangkutan Kanan ASEAN
Posted by Neo Minda on 14:15
0 comments:
Post a Comment