Wednesday, 17 November 2010

Perkenalkan Teknologi Pertama Penyimpanan 'Platform' Perniagaan Tiga Dimensi

Twitter Facebook More

Bandar Seri Begawan (10 November 2010) - Bagi memudahkan pertubuhan-pertubuhan memberikan sukat-sukat terhadap pelbagai peringkat ketangkasan dan penjimatan kos dalam virtualisasi pusat data masing-masing satu teknologi baru bagi rakyat Brunei Darussalam telah diperkenalkan dalam satu seminar yang diadakan hari ini.


Teknologi baru itu telah diperkenalkan oleh salah sebuah syarikat iaitu Hitachi Data System Corporation yang memperkenalkan 'platform' simpanan sebenar Hitachi iaitu keluaran pertama industri dalam tiga dimensi 'platform scalling'.

Seminar yang mengetengahkan kecanggihan teknologi baru itu dihadiri oleh perwakilan dari sektor kerajaan.

'Platform' simpanan Hitachi Virtual (VSP) dengan kombinasi bersama perkhidmatan pengurusan baru perisian Hitachi menawarkan prestasi terbaik mengaplikasi simpanan pelbagai perniagaan besar dan organisasi syarikat.

Enam sesi telah dibincangkan dan diterangkan oleh tiga orang penceramah yang masing-masing membawakan topik masing-masing berkaitan dengan kepentingan teknologi baru ini masing-masing mewakili dari ASEAN dan Asia Pasifik.

Di awal sesi pertama para hadirin diterangkan mengenai penukaran pusat data dengan teknologi masa depan diikuti dengan sesi kedua yang antaranya menyentuh mengenai topik-topik "Apa yang baru: 'platform' pengkomputeran bersatu; Hitachi TI Operasi analyzer 2.0 dan mengoptimumkan kelangsungan perniagaan dengan penyelesaian ketahanan data Hitachi. -- hak milik Pelita Brunei


(Oleh : Rohani Hj. Abd. Hamid)

0 comments:

Post a Comment