Bandar Seri Begawan (08 November 2010) - Kegembiraan jelas terbayang di wajah setiap penerima kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam menyatakan rasa syukur dan rasa amat berterima kasih di atas kurnia peribadi baginda.
Dengan pengurniaan ini jelas membuktikan baginda seorang raja yang berjiwa rakyat yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dari segala-segalanya serta memeduli kebajikan rakyat jelata tanpa mengira siapa mereka dan dari mana mereka datang, tetapi baginda tetap mengasihi dan menyayangi setiap lapisan masyarakat.
Para penerima kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri adalah dari golongon ibu tunggal yang berdaftar di Jabatan Pembangunan Masyarakat dan juga Majlis Ugama Islam Brunei dan anak-anak damit yang lahir di antara 7 Oktober 2009 dan 7 Oktober 2010 yang berdaftar di Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.
Ketika PELITA BRUNEI menemu bual warga asing kerakyatan Qatar, Mohamed Elkhair, ayah kepada anak beliau Sajid Arif Mohamed Elkhair, yang dilahirkan pada 15 Mac tahun ini berasa terkilan kerana tidak menyangka akan mendapat kurnia peribadi baginda kerana sebelum ini beliau puas bekerja di negara lain tetapi tidak pernah mendengar tentang perkara sebahagian rupa.
Beliau yang berumur 42 tahun bertugas di Kedutaan Qatar, manakala isteri beliau Safa Mohamed Nabeel Mohamed, 25, merupakan suri rumah sepenuh masa telah menetap di negara ini dalam lebih kurang setahun lebih dan ini adalah merupakan anak mereka yang kedua.
Mereka merasa sangat berterima kasih dan mendoakan agar baginda raja isteri dilanjutkan usia diatas kemurahan hati baginda tersebut.
Nur Alisya Zulaikah yang dilahirkan pada 2 Mac lalu adalah cahaya mata pertama bagi Dayang Nur Amalina binti Haji Md. Yusop, 23, dengan suaminya, Awang Byafik Affendy bin Mat Jinin, 29.
Kurnia peribadi baginda itu akan mereka simpan buat kegunaan anak mereka di masa hadapan dan mereka memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah di atas keperihatinan baginda terhadap rakyatnya yang memerlukan.
Sepasang anak kembar, dari pasangan Dayang Siti Mardiyah binti Haji Omar dan Awang Haji Md. Shukri bin Haji Makhbar menyifatkan bahawa pengurniaan yang tidak disangka-sangka itu adalah sebagai tuah anak pertama perkahwinan mereka.
Awang Haji Md. Shukri berkata, dengan pengurniaan itu dapatlah mereka membuat korban aqiqah dan selebihnya untuk disimpan untuk kegunaan mereka di masa hadapan.
Beliau melihat baginda sebagai raja yang pemurah, prihatin dan sangat terharu kerana baginda sanggup berkongsi kegembiraan dengan rakyat.
Anak mereka Siti Qairina binti Haji Md. Saidpuddin yang dilahirkan pada 7 Oktober 2009 adalah salah seorang penerima kurnia baginda.
Ibu beliau, Dayang Zurina binti Haji Yusof menjunjung dengan rasa syukur dan terima kasih di atas pengurniaan baginda dan mendoakan kesihatan dan kesejahteraan baginda agar dilanjutkan usia.
-- hak milik Pelita Brunei
(Oleh : Aimi Sani)
Tuesday, 16 November 2010
Rakyat Dan Penduduk Panjat Kesyukuran Kurniaan Peribadi Baginda Raja Isteri
Posted by Neo Minda on 14:17
0 comments:
Post a Comment