Tuesday, 16 November 2010

TelBru Memperkenalkan Kursus Comptia A+ Certification

Twitter Facebook More

Bandar Seri Begawan (09 November 2010) - Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah menjadi nadi perubahan ekonomi selama lebih daripada satu dekad dengan sektor tersebut memainkan peranan penting terutama dalam menyumbang kemajuan teknologi yang semakin cepat dan juga pertumbuhan produktiviti.


Pembangunan keupayaan manusia dalam sektor ICT amat penting untuk negara dalam usaha untuk meningkatkan strategi-strategi ICT kebangsaan dalam pembangunan yang berdaya tahan dan perubahan pesat dalam industri.

Perkara ini disentuh oleh Ketua Eksekutif Authority for Info-Communications Technology Industry (AiTi), Awang Haji Yahkup bin Haji Menudin semasa Majlis Pelancaran AiTi 'Program Kecekapan ICT' dan Pengenalan Kursus CompTIA A+ yang diadakan di The Knowledge Hub Building Anggerek Desa.

Beliau menjelaskan, kelajuan dalam pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi serta perubahan adalah satu impak utama pada pengajian dan keperluan pembangunan dan kekurangan bakat dalaman dan kemahiran boleh menjadikan cabaran terbesar dalam sebuah organisasi.

Selain itu tambahnya, dalam usaha-usaha untuk membangunkan dan menggalakkan pertumbuhan industri ICT tempatan AiTi berminat untuk menggalakkan lebih banyak kerjasama dengan banyak rakan kongsi dalam ilmu ICT dan penciptaan kemahiran.

Ini kerana, katanya, ICT berkeupayaan dan berpotensi dalam menyumbang secara positif untuk perkembangan peribadi dan kesejahteraan ekonomi bagi individu yang akan datang untuk membangun kemahiran mereka bekerja secara bebas, bekerjasama dan mendorong dan melibatkan lagi individu tersebut bukan merubahkan sahaja sektor perniagaan tetapi juga setiap sektor masyarakat.

Program yang melibatkan peserta dari sektor kerajaan dan swasta ini di kendalikan oleh ICT Leadership and Management Academy (iLM) Sdn Bhd, sebuah syarikat subsidiari penuh Telekom Brunei (TelBru) akan terlebih dahulu memperkenalkan kursus CompTIA A+ Certification.

Kursus yang akan diadakan selama lima hari itu, akan mengesahkan keupayaan peserta dalam membuat tugas-tugas seperti pemasangan, penyusunan, mendiagnosi, penyelenggaraan pencegahan serta rangkaian asas yang berkaitan dengan ICT.

Selain itu, program lain yang di kendalikan oleh iLM Sdn Bhd ialah CompTIA Network+, Project Management Professional (PMP), Cisco Certified Network Associate (CCNA), menguruskan dan memelihara Microsoft Windows Server 2008 dan CompTia Security.

Antara yang hadir di majlis tersebut ialah, Pengurus Besar iLM Sdn Bhd, Dayang Hajah Hasnah binti Haji Azri dan kakitangan dari AiTi dan TelBru. -- hak milik Pelita Brunei


(Oleh : Haniza Abdul Latif)

0 comments:

Post a Comment