Monday, 1 November 2010

Tujuh Pasukan Sertai Perlawanan Bulutangkis Kementerian Kewangan

Twitter Facebook More

Oleh : Abdullah Asgar

Bandar Seri Begawan (01/11/2010) - Sebanyak tujuh buah pasukan memulakan Perlawanan Bulutangkis Kementerian Kewangan dan Jabatan-jabatan di Bawahnya Bagi Tahun 2010 yang dikendalikan Agensi Pelaburan Brunei, BIA.


Perasmian perlawanan tersebut disempurnakan petang kelmarin oleh Pemangku Menteri Kewangan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah di Dewan Pusat Belia, di sini.

Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian ialah Kementerian Kewangan, Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Jabatan Perbekalan dan Stor Negara, Tabung Amanah Pekerja (TAP), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Perbendaharaan dan BIA.

Selepas pembukaan rasmi tiga perlawanan dijalankan masing-masing antara Kementerian Kewangan bertemu BIA diikuti Penerbangan Kebawah DYMM melawan Pejabat Perbekalan dan Stor Negara pada pertemuan kedua manakala pasukan TAP bertemu Jabatan Perbendaharaan dalam perlawanan ketiga.

Perlawanan tersebut akan berjalan selama satu minggu di mana perlawanan akhir akan berlangsung pada 7 November ini di tempat yang sama.

Tujuan perlawanan itu antara lain bagi menggalakkan para pegawai di kementerian tersebut minat bersukan selain mengeratkan silaturahim di kalangan peserta.

Ia juga untuk memilih pasukan terbaik bagi mewakili kementerian itu di kejohanan antara kementerian-kementerian yang akan diadakan nanti.

-- hak milik Pelita Brunei

0 comments:

Post a Comment