Brunei Dan Muara (23 Oktober) - Tiga belas warga asing dikeluarkan 'Pas Khas' dan dua lagi dikeluarkan Surat Panggilan semasa operasi mengejut Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Jabatan Imigresen di tiga sasaran (Permis perniagaan dan bilik sewa) di Gadong, Mukim Pengkalan Batu dan Mukim Sengkurong.
Dalam operasi yang diadakan pada 21 Oktober lepas itu 7 warga asing dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen atau salinan dokumen yang mengandungi pas imigresen yang masih sah, tetapi dibebaskan kemudian setelah penelitian dilakukan menggunakan sistem komputer jabatan dan setelah pihak majikan membawa pasport mereka ke pejabat.
Dalam pemeriksaan yang dilakukan di dua buah bilik, berlatarbelakangkan permis perniagaan di salah sebuah bangunan kedai jenis banglo di Kampung Limau Manis mendapati 2 lelaki warga Indonesia dipercayai bekerja sendiri memproses dan membuat tempe dari kacang soya dan maklumat dari keduanya bahawa tempe tersebut siap untuk dihantar dan dipasarkan kepada orang ramai melalui peniaga di Pasar Borong Setenaga Sengkurong.
Sementara itu di kampung yang sama seseorang perempuan juga warganegara Indonesia, jaminan pelayan restoran juga didapati menyediakan bahan makanan di dalam bilik tidur dan di bahagian dapur yang tidak terjamin kebersihannya untuk dijual di salah sebuah kedai di Kampung Masin. Ketiga warganegara Indonesia berkenaan dikeluarkan pas khas dan resit dan sebahagian barang ditahan untuk dijadikan bahan bukti.
Para pegawai dari Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Jabatan Imigresen juga membuat serbuan mengejut ke salah sebuah bilik sewa berdekatan kedai runcit yang sebelumnya merupakan sebuah salun rambut di Kampung Jerudong yang mana bahagian hadapannya dikunci dan masih menggunakan penutup pintu besi yang biasa terdapat pada pintu premis perniagaan.
Serbuan di Kampung Jerudong juga mendapati empat perempuan warganegara Thailand dan empat lelaki berada di dalam bilik dan sedang dijamu dengan minuman keras.
Semasa serbuan dilakukan dari bahagian belakang didapati 4 perempuan warganegara Thailand dan 4 lelaki berada di dalam bilik dan sedang dijamu dengan minuman keras tetapi mempunyai permit bagi membawa masuk minuman keras.
Bilik berkenaan disewa oleh seorang lelaki bangsa Cina warganegara Malaysia dan telah dikenal pasti dijadikan tempat aktiviti kurang sihat.
Setelah penggeledahan dilakukan, didapati bilik tersebut telah dijadikan tempat menjalankan aktiviti kurang sihat di mana lelaki bangsa Cina dan salah seorang perempuan Thailand tersebut dinilai berperanan sebagai bapa dan ibu ayam.
Beberapa keping alat bagi kegiatan kurang sihat berjaya ditemui selain satu paket ubat perancang dirampas untuk dijadikan barang bukti manakala lapan orang tersebut dikeluarkan pas khas bagi sisatan lanjut.
-- hak milik Pelita Brunei
0 comments:
Post a Comment