Bandar Seri Begawan (23 Oktober) - Empat pekerja warga negara asing dibawa ke Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang dan dua di antaranya diberikan Jaminan Pas Lawatan kerana dipercayai bekerja di sebuah rumah dalam pembinaan di kawasan Kampung Kianggeh.
Selain itu 17 keping surat khas dan sekeping surat panggilan kepada majikan juga dikeluarkan dalam pemeriksaan tersebut.
Pemeriksaan mengejut itu diketuai oleh Pegawai Imigresen Kanan dan dibantu oleh 10 Pegawai Imigresen.
Peraturan 9 (4) memperuntukkan mana-mana pemegang pas melawat di negara ini tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang bentuk pekerjaan bergaji ataupun tidak.
Pesalah boleh dihukum penjara tidak lebih 6 bulan atau denda tidak lebih dari BND2,000 atau kedua-duanya sekali.
Manakala Bab 55 (1) (e) iaitu: Mengambil bekerja atau menggaji pesalah imigresen yang melakukkan perbuatan melanggar syarat-syarat Bab 6, 15 atau 36 dari Akta atau Peraturan-peraturan Imigresen boleh dihukum penjara selama satu tempoh tidak melebihi dari 2 tahun, denda tidak kurang dari BND3,000 tetapi tidak melebihi dari BND6,000 atau kedua-duanya sekali.
Imigresen sentiasa mengadakan rondaan dan operasi pemeriksaan dan orang ramai diminta memberikan kerjasama dengan memaklumkan pihak berkuasa jika mempunyai maklumat mengenai kesalahan imigresen dengan menghubungi talian 3331879/3341938(KB), 4221977(TUT), 2383555/2383777(BSB) dan 5221222/5221221 (TEMB) pada waktu pejabat.
-- hak milik Pelita Brunei
0 comments:
Post a Comment