Sunday, 24 October 2010

Berangkat Menghadiri Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Menteri-Menteri Undang-Undang Komanwel

Twitter Facebook More

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakillah Hayatul Bolkiah berkenan mengabadikan gambar kenangan bersama delegasi Brunei Darussalam yang menghadiri Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan Menteri-menteri Undang-undang Komanwel dan Mesyuarat Menteri-menteri Undang-undang dan Peguam-peguam Negara Perundangan Komanwel Kecil ke-11.

England (24 Oktober) - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakillah Hayatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, berkenan berangkat menghadiri mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan Menteri-menteri Undang-undang Komanwel dan Mesyuarat Menteri-menteri Undang-undang dan Peguam-peguam Negara Perundangan Komanwel Kecil Ke-11 yang berlangsung pada 18 hingga 22 Oktober 2010, di Sekretariat Komanwel di Marlborough House, London England.


Delegasi Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Paduka Dayang Hajah Hayati binti POKSDSP Haji Mohd. Salleh, sertai pegawai-pegawai dari Jabatan Peguam Negera.

Mesyuarat Menteri-menteri Undang-undang dan Peguam-peguam Negara Perundangan Komanwel Kecil, dirasmikan oleh Setiausaha Agung Komenwel, Tuan Yang Terutama Kamalesh Sharma.

Di mesyuarat tersebut, Yang Berhormat Datin Paduka Dayang Hajah Hayati telah dipilih bagi mengerusikan mesyuarat tersebut yang mana membincangkan isu-isu undang-undang seperti Peraturan Peranan Peguam Negara, Penggunaan Teknologi Dalam Mahkamah, Kebebesan Media dan 'Defamation', mengukuhkan undang-undang bencana di era perubahan iklim dan kerjasama antarabangsa dan serantau dalam hal ehwal keadilan jenayah.

Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Paduka Dayang Hajah Hayati binti POKSDSP Haji Mohd. Salleh bergambar ramai bersama para delegasi yang menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Undang-undang dan Peguam-peguam Negara Perundangan Komanwel Kecil Ke-11.

Mesyuarat ini diadakan setiap tiga tahun dan 23 buah negara Komenwel menghadiri mesyuarat ini.

Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan Menteri-menteri Undang-undang Komanwel berlangsung sebelum Mesyuarat Menteri-menteri Undang-undang dan Peguam-peguam Negara Perundangan Komanwel Kecil membincangkan isu-isu undang-undang seperti 'alternative dispute resolution and reform of legal profession, mutual assistance in criminal matters, counter-terrism measures and legislative drafting'.

Mesyuarat Menteri-menteri Kanan Undang-undang Komenwel diadakan setiap 18 bulan dan sebuah forum bagi pegawai kanan dari Komenwel bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama dan bagi menyediakan program kerja Mesyuarat Menteri-menteri Undang-undang yang diadakan setiap tiga tahun.

-- hak milik Pelita Brunei

0 comments:

Post a Comment