Monday, 25 October 2010

Menteri Saran Subjek MIB Dalam Bentuk Animasi

Twitter Facebook More

Oleh Hasrulraizan

Pehin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar

Bandar Seri Begawan (25/10/2010) — Mata pelajaran Melayu Islam Beraja (MIB) akan menjadi lebih menarik apabila gabungan lepasan pelajar tempatan dalam jurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dengan para pesara Kementerian Pendidikan berjaya mereka cipta perisian mata pelajaran MIB dalam bentuk animasi di masa akan datang.


Menurut Menteri Pendidikan, Pehin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar Haji Apong, mata pelajaran MIB akan menjadi lebih menarik apabila dihidangkan dalam bentuk animasi kepada murid-murid rendah atas yang mempelajarinya sebagai salah satu daripada kurikulum pembelajaran mereka.

Beliau seterusnya menyebutkan mengenai perlunya diperbanyakkan lagi perisian permainan tradisional tempatan bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada pelajar untuk dimuat turun sebagai salah satu kaedah mendedahkan permainan-pernnainan tradisional negara ini melalui ICT.

"Satu-satunya perisian permainan tradisional tempatan yang sudah berada di pasaran ketika ini ialah "Pasang Emas" yang direkacipta oleh Cyberunei eServices dan telah pun dipilih untuk menerima Anugerah Produk Buatan Brunei dalarn Anugerah ICT Brunei (BICTA) Ke-6, 2010 pada 10 Ogos lalu," kata Pehin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar semasa berucap di Majlis Meraikan Persaraan Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pendidikan 2009 di Hotel Kiulap Plaza di sini.

Beliau berkata, perisian perrnainan tradisional tempatan yang sudah ada di pasaran itu boleh pergi jauh lagi jika boleh dimuat turun ke dalam telefon bimbit. Menyentuh semula mengenai keperluan menghasilkan perisian mata pelajaran MIB dalam bentuk animasi, beliau mengambil contoh kartun Melayu yang sangat popular di kalangan kanak-kanak di negara ini ketika ini iaitu "Upin Ipin", yang menurutnya banyak menerapkan unsur-unsur pengajaran.

"Ketika mana generasi kanak-kanak dulu hanya dihidangkan dengan kartun-kartun dari Barat, maka, kanak-kanak zaman ini sangat beruntung dengan kewujudan kartun-kartun berbahasa Melayu ciptaan orang Melayu."

Melihat daripada perkembangan positif berkenaan, para pesara yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan bertahun-tahun dalam bidang pendidikan sama ada yang diperoleh di luar dan dalam negeri boleh dikatakan sebagai pakar pendidikan, adalah wajar bagi mereka menyumbang ke arah menghasilkan perisian mata pelajaran MIB dalam bentuk animasi itu selaku penasihat kepada perekaannya, ujarnya.

Manakala para lepasan Universiti Brunei Darussalam (UBD) atau pun Institut Teknotogi Brunei (ITB) yang mengambil jurusan ICT, yang pastinya sangat berkernahiran dalam bidang ICT dan "Kecerdikan Buatan" (Artificial Intelligence -- AI) adalah kalangan mereka yang lepat dan sesuai untuk menjaai pereka perisian berkenaan, tambahnya.

Maka gabungan di antara dua pakar dalarn bidang masing-masing berkenaan, sarnbil diperkuatkan lagi dengan kehadican "pelabur", kewujudan perisian berkenaan pasti akan dapat direalisasikan di masa mendatang, kata Pehin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar penuh yakin.

"Tidak ada prang yang boleh bergerak seorang diri, maka adalah penting bagi semua orang untuk bersatu hati clan bersinergi ke arah menghasilkan sesuatu yang sangat penting dan bermakna bagi Negara Brunei Darussalam itu, lebih-lebih lagi dalam memastikan MIB terus kekal wujud menjadi amalan anak-anak Brunei."

-- hak milik Media Permata

0 comments:

Post a Comment