Oleh Rafidah Jumat & Sim Y.H
Bandar Seri Begawan (25/10/2010) — Semua warga Pasukan Polis Diraja Brunei diseru supaya mempertingkatkan lagi mutu disiplin mereka dengan mengamalkan sikap tidak pilih kasih serta tidak memperalatkan orang lain demi kepentingan sendiri.
Mereka yang masih berkhidmat dengan pasukan, sekali lagi diingatkan untuk tidak menggunakan kuasa yang diberikan kepada mereka dengan sewenang-wenangnya demi kepentingan seseorang dengan melakukan rasuah, penyelewengan, penipuan dan mementingkan diri sendiri.
Kuasa dan tanggungjawab yang diberikan merupakan satu amanah yang tidak boleh disalahgunakan dan perbuatan menyalahgunakan kuasa ini adalah satu kesalahan yang sangat serius, demikian menurut Pemangku Pesuruhjaya Polls, Pehin DCP Dato Paduka Haji Hasrin Haji Sabtu pada majlis perbarisan kursus tamat latihan pelatih rekrut polis lelaki dan wanita skuad 1 dan 2/2010 kelmarin.
Beliau berkata, tindakan disiplin yang tegas akan diambil terhadap mana-mana pegawai polis yang didapati cuba atau menyalahgunakan kuasa mereka.
Sebarang kelalaian dan perlanggaran ke atas undang-undang dalam menjalankan tugas akan diambil tindakan disiplin selaras peruntukan di bawah Akta Pasukan Polis Diraja Brunei Penggal 50.
Justeru, ujarnya, adalah penting bagi semua warga pasukan untuk bersama-sama menjaga dan menanai imej dan kredibiliti pasukan demi maruah negara, bangsa dan amanah rakyat.
Anggota polis juga mulai sekarang perlu bersikap peka, jujus, amanah dan bersopan santun semasa rnenjalankan togas dan pada masa yang sama, katanya perlu sentiasa mengamalkan etika kerja yang profesional, berdaya saing dan bersedia kepada seharang perubahan yang mernedukan anggota pasukan untuk mengambil tindakan relevan yang sesuai dengan keperluan sernasa katanya.
Kewujudan pelatih rekrut dalam pasukan juga diselaraskan dengan peta strategi pasukan yang tertumpu kepada pengernaskinian sukatan pelajaran latihan yang memberi penekanan kepada perkhidrnatan yang profesional mengikut perkernbangan semasa. Pasukan polis turut mementingkan kerjasama di kalangan agensi kerajaan yang lain dalam melaksanakan tugas kepolisan bagi mencapai apa jua perkhidmatan yang diberikan agar ia menjurus kepada perkhidmatan yang cemerlang dan profesional kepada masyarakat.
Beliau dalam ucapannya turut memetik titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam yang bertitah mengingatkan warga perkhidmatan awam supaya sentiasa mengutamakan komitmen, dedikasi, disiplin dan integriti dan juga tekad pemedulian orang ramai,
Menyentuh mengenai tugas sebagai seorang anggota polis, katanya ianya adalah tugas yang berat serta mencabar dan di awal permulaan, pelatih rekrut akan diuji termasuk berdepan dengan bermacam cabaran, karenah serta masalah yang perlu diselesaikan selaras dengan peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa pada masa ini. Latihan selama enam bulan yang dilalui oleh pelatih rekrut adalah bagi mernpersiapkan din dengan latihan yang berat demi ketahanan mental dan fizikal supaya pelatih rekrut mampu menghadapi apa jua cabaran yang bakal diternpuhi.
Dalam tempoh itu, katanya, pelatih rekrut turut didedahkan dan dilengkapkan dengan peibagai latihan yang meliputi peraturan pekerjaan polis, tatacara penguatkuasaan undanoundang, seni bela diri, berkawad, ketahanan jati did dan nilai keagamaan termasuk latihan Jasmani dan permainan.
-- hak milik Media Permata
0 comments:
Post a Comment