Monday 25 October 2010

Pasukan IVY League Juara Kejohanan Bola Jaring

Twitter Facebook More

Oleh : Abu Bakar Hj. Abdul Rahman

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah semasa berkenan bergambar ramai bersama pemain-pemain Pasukan IVY League juara Kejohanan Bola Jaring Sempena Sambutan Penukaran Nama Bandar Brunei Menjadi Bandar Seri Begawan Yang Ke-40. (Foto : Azmah Hj. Ahad)

Bandar Seri Begawan (24 Oktober) - Pasukan IVY League menjuarai Kejohanan Bola Jaring Sempena Sambutan Penukaran Nama Bandar Brunei Menjadi Bandar Seri Begawan Yang Ke-40 yang diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, di sini.


Dalam perlawanan akhir tersebut Pasukan IVY League berjaya menumpaskan pasukan Comets dengan jaringan 16-15.

Berangkat menyertai kejohanan tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah mewakili pasukan IVY League.

Yang Teramat Mulia semasa berkenan menyertai Kejohanan Bola Jaring Sempena Sambutan Penukaran Nama Bandar Brunei Menjadi Bandar Seri Begawan Yang Ke-40. (Foto : Azmah Hj. Ahad)

Perlawanan seimbang dari kedua-dua pasukan sentiasa dibayangi dengan berbalas kutipan jarigan dengan kejar mengejar sehingga keputusan di awal babak pertama berakhir dengan jaringan 8-7 berpihak kepada pasukan IVY League.

Namun kedudukan terus berlanjutan sehingga ke babak kedua di mana kedua-dua buah pasukan tidak melepaskan peluang untuk mengutip sebarang jaringan sehingga ke akhir saat perlawanan di mana pasukan IVY League memanfaatkan jaringan untuk terakhirnya sekali gus memberikan kemenangan kepada pasukan itu.

Di kejohanan itu Pasukan Fly High menduduki tempat ketiga setelah menundukkan pasukan Jezebelle dengan jaringan 19-12 di dalam perlawanan terdahulu pada petang kelmarin.

Yang Teramat Mulia semasa berkenan bergambar ramai bersama pemain-pemain pasukan juara, naib juara dan tempat ketiga Kejohanan Bola Jaring Sempena Sambutan Penukaran Nama Bandar Brunei Menjadi Bandar Seri Begawan Yang Ke-40. (Foto : Azmah Hj. Ahad)

Hadir menyaksikan dan seterusnya menyampaikan hadiah kejohanan ialah Datin Dayang Hajah Kalshom binti Haji Suhaili.

Kejohanan disertai oleh 20 buah pasukan yang dibahagikan kepada empat kumpulan dengan perlawanan pada awalnya dijalankan secara liga dalam kumpulan.

-- hak milik Pelita Brunei

0 comments:

Post a Comment