Monday, 25 October 2010

Viking Brunei Tekad Harum Nama Negara Di Kuala Lumpur

Twitter Facebook More

Oleh Yusrin Junaidi

Bandar Seri Begawan (25/10/2010) — Sembilan pemain akan membawa cabaran negara dalam Kejohanan Dunia Futsal Viking di Kompleks Sukan Triways, Kuala Lumpur, bermula esok sehingga 1 November ini.


Menurut Pengerusi Kumpulan Viking negara, Fendi Bohari Haji Bujang ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei hari ini: "Ini adalah kali pertama Viking Brunei dijemput menyertai kejohanan sejak is ditubuhkan tahun lalu. Kumpulan Futsal Viking berasal dari Australia dan mempunyai kumpulan-kumpulan di beberapa negara seperti Malaysia, Brunei dan Singapura."

Beliau berkata, Viking Brunei akan berusaha menampilkan aksi terbaik dan cuba meraih keputusan yang boleh mengharumkan nama negara.

Terdahulu majlis penyerahan Bendera Kebangsaan dilangsungkan di lapangan terbang itu. Hadir menyerahkan bendera berkenaan ialah Pengurus Kumpulan Viking Futsal Brunei, Bahmin Haji Ahmad kepada Pengerusi FFBD, Haji Md Yunos Haji Md Yusof.

Taklimat ringkas turut disampaikan oleh Pengurus Kumpulan Viking Brunei kepada pemain-pemain.

Pada 26 Oktober, skuad negara akan berdepan tuan rumah, Malaysia, sebelum menentang New Zealand.

Keesokan harinya, Viking Brunei akan melayan Alistralia pada pukul 12.30 tengah hari dan diteruskan di sebelah petang pada pukul 5.30 petang menentang China.

Pasukan negara menamatkan cabaran peringkat awal apabila bersemuka Singapura pada 30 Oktober.

-- hak milik Media Permata

0 comments:

Post a Comment