Monday, 25 October 2010

Pelancaran Hari Perancangan Bandar Sedunia 11 Nov. Ini

Twitter Facebook More

Oleh Ak Fairol RMF

Bandar Seri Begawan (25/10/2010) — Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) akan mengadakan majlis pelancaran sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia pada 11 November 2010 bertempat di Pusat Persidangan Pertahanan Antarabangsa BRIDEX, Jerudong.


Pelancaran tersebut dijangka disempurnakan oleh Menteri Pembangunan, Pehin Dato Seri Setia Haji Suyoi Haji Osman.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JPBD di sini, terra sambutan pada tahun ini ialah "Merancang Masa Depan Yang Berdaya Tahan" yahg menjurus kepada matlamat mewujudkan dan memastikan masa depan terjamin bagi generasi akan datang.

"Dalam konteks perancangan bandar is bermaksud perancangan ruang tanah (spatial) yang direncanakan secara efisien dan wajar dengan penekanan terhadap penggunaan tanah secara optimum dan ke tahap maksimum.

"Dalam suasana persekitaran sejagat yang dihambat dengan cabaran dan isu-isu seperti perubahan iklim, pemanasan global, pemusnahan hutan, sumber-sumber asli yang berkurangan, peranan perancangan bagi menyediakan masa depan yang berdaya tahan adalah akan lebih mencabar," kata kenyataan itu. Seperti juga pada tahun 2009, JPBD sekali lagi memfokuskan penglibatan generasi muda khususnya para penuntut sekolah di dalam sama-sama mengambil berat dan menghargai kepentingan perancangan fizikal.

Pendedahan awal golongan ini terhadap nilai dan prinsip-prinsip perancangan bandar diharapkan akan dapat memupuk kesedaran mereka terhadap kepentingan perancangan bandar dalam mewujudkan satu pembangunan yang kondusif, seimbang dan berdaya tahan.

Ke arah itu Jabatan Perancangan Bandar dan Desa telah menganjurkan dua aktiviti utama untuk penuntut-penuntut iaitu Peraduan Projek Perancangan dan Bengkel Perancangan.

Sasaran utama Peraduan Projek Perancangan adalah para penuntut tingkatan enam dengan tujuan utamanya untuk mengenal pasti sejauh mana pemahaman penuntut sekolah menengah terhadap peranan Perancangan Bandar dan Desa dalam pembangunan negara. Dalam hal ini para penuntut diberikan tugasan merancang strategi pembangunan sesebuah kawasan yang memerlukan mereka menghasilkan sebuah skim atau pelan perancangan yang merupakan salah satu bidang tugas Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.

Sebanyak 27 penyertaan berkumpulan telah diterima daripada enam buah sekolah/maktab tingkatan enam di seluruh negara yang melibatkan kira-kira 137 orang penuntut.

Manakala Bengkel Perancangan pula adalah juga khusus untuk penuntut tingkatan enam atau prauniversiti yang bertujuan mendedahkan mereka kepada proses "Public Inquiry" dalam perancangan bandar dengan para penuntut akan diberikan satu tapak projek untuk dibincangkan dengan memfokuskan kepada kesusahan penempatan projek berkenaan di kawasan yang dicadangkan.

Satu persembahan akan diadakan di akhir sesi bengkel oleh para penuntut yang terlibat.

-- hak milik Media Permata

0 comments:

Post a Comment