Monday 25 October 2010

RIM Mengalu-Alukan Keputusan Mahkamah

Twitter Facebook More

Oleh Imelda Farrah Zohre HA

Bandar Seri Begawan (25/10/2010) — Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dalam kenyataannya hari ini mengalu-alukan keputusan Hakim Pengiran Hajah Hanani ketika menolak permohonan oleh Yong Teck Seng, pemilik syarikat Yajuta, yang menyaksikan sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif RIM, Tan Ngiap Foo memfailkan affidavit menyatakan bahawa RIM adalah persatuan dagangan dan tidak pernah terbabit dalam penjualan produk muzik.


RIM, selaku badan sukarelawan yang mewakili lebih 180 warga Malaysia dan 1000 syarikat rakaman antarabangsa di Malaysia yang memiliki lesen eksklusif bunyi, audio visual dan rakaman karaoke yang diperdagangkan di Malaysia dan Brunei Darussalam juga memfailkan rungutan ke atas Yajuta dengan Polis Diraja Brunei.

"Keputusan ini dalam erti kata lain menyangkal pertuduhan RIM", kata Tan Ngiap Foo yang sebelum ini melahirkan kebimbangan ke atas kenyataan yang dikeluarkan dalam penerbitan Brunei yang menyebarkan hubungan tidak profesional di antara RIM dan pendakwa dalam kes jenayah yang difailkan ke atas Yong Teck Sang, pemilik Yajuta, sebuah perniagaan RIM yang mengatakan telah menjual muzik rakaman cetak rompak.

"RIM mengharapkan perbicaraan berkenaan akan selesai secepatnya", tambah Tan yang juga melahirkan keyakinan terhadap Kerajaan Brunei dan Para hakim.

Tan juga berkata, "Kami amat bimbang meskipun tindakan terhadap anti-cetak rompak oleh pihak berkuasa di Brunei tetapi defendan terus menjual dan mengedarkan muzik-muzik cetak rompak. RIM akan terus berusaha membantu Kerajaan Brunei untuk mengengkang muzik cetak rompak dan akan terus membuat aduan kepada Polis Diraja Brunei dan pihak berkuasa yang relevan.

"Ia adalah rahsia yang terbuka di Brunei bahawa defendan menjual cakera optik cetak rompak beberapa tahun dan semua cakera-cakera berkenaan di import dari luar negara. la adalah mandatori bagi defendan untuk membayar cukai import kepada Jabatan Kastam seperti yang dimestikan dalam Perintah Cukai Import Kastam, 2007.

"Kami ingin merayu kepada Jabatan Kastam dan Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan pendakwaan tegas terhadap defendan jika betul defendan mengelak dari membayar cukai sejak beberapa tahun kebelakangan," tambah Tan lagi.

-- hak milik Media Permata

0 comments:

Post a Comment