Monday, 25 October 2010

Penerbangan Haji Kedua Selamat Berlepas

Twitter Facebook More

Oleh Mohamad Asyramisyanie dan Haji Minor Absah

Bandar Seri Begawan (25/10/2010) — Penerbangan kedua membawa bakal jemaah haji negara ini ke Tanah Suci Mekah berlepas kira-kira pukul 2.55 pagi hari ini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di Berakas.


Seramai 285 bakal jemaah haji terbabit dalam penerbangan itu termasuk tiga pegawai pengiring dan pegawai perubatan. Penerbangan bagi bakal jemaah haji terbabit dikendalikan bersama oleh tiga agensi iaitu Darussalam Holding Sdn Bhd, Humaira Travel Centre (Borneo) Sdn Bhd dan HTH Travel.

Berada di lapangan terbang untuk mengucapkan selamat jalan kepada para bakal jemaah haji ialah Timbalan Menteri,Pendidikan, Dato Seri Setia Haji Yusof Haji Ismail dan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Paduka Haji Mohd Mahdi Haji Abdul Rahman manakala imam Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien membacakan doa selamat sebelum pelepasan penerbangan.

Penerbangan seterusnya dijadualkan bertolak kira-kira pukul 7.30 pagi hari ini.

-- hak milik Media Permata

0 comments:

Post a Comment