Oleh Mohamad Asyrarnisyanie dan Haji Minor Absah
Tutong (25/10/2010) — Pasukan Polis Diraja Brunei semalam mengadakan sekatan jalan raya di dua lokasi berbeza di kawasan Jalan Lamunin Simpang Batang Mitus dan Lebuh Raya MuaraTutong di kawasan Bukit Panggal.
Sekatan jalan raya itu diketuai oleh Pegawai Penguasa Balai Polis Tutong dan melibatkan warga polis daerah Tutong bagi pemantauan pematuhan peraturan dan undang-undang jalan raya.
Menurut jurucakap polis, Jalan Lamunin kini terlibat dengan kerjakerja pembaikan dan pemuliharaan jalan raya dan berkeadaan gelap yang pastinya berbahaya jika para pemandu kurang berhati-hati ketika melalui jalan berkenaan.
Justeru, para pengguna jalan raya itu diingatkan supaya sentiasa berwaspada, berhati-hati serta bertolak ansur ketika memandu kerana jalan raya berkenaan merupakan jalan utama bagi pengguna jalan raya ke destinasi Limau Manis, daerah Brunei dan Muara.
-- hak milik Media Permata
Monday, 25 October 2010
Sekatan Jalan Raya Lebuh Raya Muara Tutong
Posted by Neo Minda on 10:37
0 comments:
Post a Comment