Sunday, 24 October 2010

PUJA Perlu Bekerjasama Dengan Agensi-Agensi Kerajaan Dan Pihak Berkepentingan

Twitter Facebook More

Oleh Hezlinawati Hj. Abd. Karim

Bandar seri begawan (24 Oktober) - Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA) perlu bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan pihak-pihak yang berkepentingan lainnya bukan hanya dalam industri pembinaan tapi juga dalam semua sektor kehidupan.


Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman berucap demikian di Majlis Penyampaian Sijil ASEAN ENGINEERS REGISTER - AER, berlangsung di Hotel Radisson, di sini.

Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman semasa berucap di Majlis Penyampaian Sijil ASEAN ENGINEERS REGISTER - AER. (Foto : Hj. Masmaleh Hj. Mohd. Ali) 

Bidang-bidang yang diperlukan katanya, termasuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran awam terhadap profesion, mengukuhkan amalan-amalan terbaik dan kod-kod etika, memberikan khidmat teknikal yang terbaik, menjadi pemangkin dan mentor kepada yang muda.

Yang Berhormat menegaskan jurutera, arketik atau juruukur, selaku anggota PUJA dan sebagai sebuah institut dan penganjur, perlu membuat langkah besar ke arah masa depan yang baru.

Orang awam dan masyarakat menurutnya, semakin meningkatkan jangkaan pada para profesional dan oleh itu PUJA perlu untuk membina semula peranan-peranan dan tanggungjawab mereka kepada masyarakat hari ini.
Yang Berhormat juga menjelaskan masyarakat dan orang awam, malah negara meletakan jangkaan yang tinggi pada para jurutera profesional dalam memprosomi reka bentuk yang maju, pengeluaran yang lebih efisien dan mempelopori perkhidmatan-perkhidmatan kejuruteraan yang baru dan cara-cara pengurusan untuk meningkatkan 'kualiti kehidupan' untuk penduduk di negara ini.

Salah seorang jurutera dan ahli PUJA menerima Pingat AER di majlis tersebut. (Foto : Hj. Masmaleh Hj. Mohd. Ali)

Juga hadir di majlis itu Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah, yang juga bekas Presiden PUJA.

Seramai 15 jurutera dan ahli PUJA menerima sijil dan pingat AER, masing-masing disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya AER, Ir Choo Kok Beng dan Setiausaha Agung ASEAN Federations of Engineering Organizations, Dato Paduka Ir Haji Profesor (Dr.) Keizrul Abdullah.

-- hak milik Pelita Brunei

0 comments:

Post a Comment