Monday 25 October 2010

Sekolah Sukan Jinakkan JIS

Twitter Facebook More

Oleh H J Rahim

Bandar Seri Begawan (25/10/2010) — Sekolah Sukan terus mencengkam kedudukan teratas Kumpulan B selepas menumpaskan JIS 2-0 dalam Liga Bola Sepak Kebangsaan Bawah 14 Tahun di Padang A, Kompleks Sukan Menglait, petang kelmarin.


Sekolah Sukan kini mengumpul 19 mata selepas enam menang dan sekali seri sekali gus mengekalkan rekod tanpa tewas.

Pasukan pilihan itu turun dengan semangat tinggi dalam usaha mengekalkan rekod bersib sekalipun terpaksa menunggu sehingga minit ke-29 untuk membolosi gawang lawan menerusi Zulkhairy Hady Razali.

Hajat JIS mencari rentak bagaimanapun tidak kesampaian malah skuad kerdil itu semakin hampa apabila Sekolah Sukan bijak menggunakan ruang bagi menambah jaringan menerusi Md Asri Haji Aspari di minit ke70.

Sementara itu, JPKK Tutong berputih mata terlepas sebarang mata sekalipun lebih awal mengejutkan Perkasa di minit ke-16 hasil jaringan Hefli Affundi Rosdita.

Perkasa yang tidak mudah putus asa berjaya merapatkan jurang menerusi jaringan cantik Wali Mahdi Suhaimi di minit 34.

Keceriaan Perkasa terus memuncak apabila Md Faiq Julfikri tidak mensia-siakan peluang menambah jaringan seminit sebelum babak pertama berakhir.

Kebangkitan JPKK Tutong di babak kedua bagaimanapun gagal menambah jaringan dan pasukan Perkasa terus memastikan kemenangan 2-1.

-- hak milik Media Permata

0 comments:

Post a Comment