Oleh : Hezlinawati Haji Abd. Karim
Bandar Seri Begawan (05 November 2010) - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan berangkat merasmikan pelancaran TechXpo 2010 di Pusat Persidangan Antarabangsa di sini.
Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia di junjung oleh Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah dan Menteri Pendidikan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar.
Juga menjunjung keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Awang Haji Abd. Wahab dan Pengerusi InfoCom Federation Brunei (IFB), Awang Abd. Ghani bin Pengiran Haji Metusin selaku pengajur pameran.
Sejurus merasmikan pameran, Duli Yang Teramat Mulia dijunjung menyaksikan pameran yang mempamerkan pelbagai barangan berkaitan dengan teknologi.
TechXpo 2010 merupakan ekspo perdagangan dan pengguna yang utama, bertujuan sebagai 'platform' bagi para pengguna, ahli-ahli perniagaan dan industri untuk bertemu dan membincangkan tren-tren, perkembangan dan idea yang berkaitan dengan teknologi.
Ekspo yang julung-julung kalinya diadakan ini disokong oleh Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Perhubungan, Kementerian Pendidikan dan Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi.
-- hak milik Pelita Brunei
Sunday, 14 November 2010
DYTM Berangkat Rasmikan Pelancaran TechXpo 2010
Posted by Neo Minda on 16:52


0 comments:
Post a Comment