Sunday, 14 November 2010

E-Kerajaan Sertai Pameran TechExpo

Twitter Facebook More

Bandar Seri Begawan (05 November 2010) - E-Kerajaan buat julung kalinya mengikuti pameran TechExpo yang diadakan di Plenary Hall, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC).


Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, berkenan berangkat menyaksikan pameran E-Kerajaan dengan dijunjung oleh Yang Mulia Awang Adi Shamsul bin Haji Sabli, Pengarah Pusat Kebangsaan E-Kerajaan.

Pameran E-Kerajaan mempamerkan perkhidmatan-perkhidmatan yang berpandukan kepada Pihak Orang Awam, Pihak Swasta dan Pihak Kerajaan.

Di antara Kementerian dan Jabatan yang menyertai pameran ialah Kementerian Pendidikan yang mempamerkan E-Hijrah, Multimedia Software untuk Sekolah Rendah dan 'Design and Technology', Kementerian Industri dan Sumber-Sumber Utama mempamerkan 'Business Facilitation Services', Jabatan Kastam dan 'Excise' Diraja mempamerkan E-Customs, Institut Perkhidmatan Awam mempamerkan 'Innovative Learning' (I-Learn), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mempamerkan SMS untuk pekerjaan dan Pusat Kebangsaan E-Kerajaan mempamerkan 'One Government Portal'.

Pameran ini diadakan selama empat hari bermula pada hari ini 4 hingga 7 November dimana para pengunjung yang melawat akan berpeluang untuk memenangi hadiah.

-- hak milik Pelita Brunei

0 comments:

Post a Comment