Laporan : Dk. Hjh. Fatimah Pg. Hj. Md. Noor dari Ha Noi, Viet Nam
Hanoi, Viet Nam (31/10/2010) - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama Ketua-ketua Negara Sidang Kemuncak Asia Timur (E.A.S.) yang lain telah mengadakan kunjungan hormat kepada Presiden Republik Sosialis Viet Nam, Tuan Yang Terutam Nguyen Minh Triet di Pusat Persidangan Kebangsaan, Ha Noi di sini.
Turut hadir ialah Ketua-ketua Negara ASEAN dan Ketua-ketua Negara Sidang Asia Timur yang lainnya seperti China, Japan, Korea Selatan , India, Australia and New Zealand. Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Russia, Tuan Yang Terutama Sergey Lavrov dan Setiausaha Negara Amerika, Puan Yang Terutama Hillary Clinton, juga hadir sama pada penghujung Sidang Kemuncak selaku tetamu Pengerusi Sidang.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia semasa menghadiri EAS, bertitah sidang kemuncak ini adalah forum yang bertepatan untuk membincangkan hal-hal strategik yang berkaitan dengan rantau ini, bagi mencari jalan di mana kerajaan terlibat akan bekerjasama menangani isu-isu yang menjadi kebimbangan umum.
Baginda seterusnya bertitah bahawa Negara Brunei Darussalam menghargai aktiviti-aktiviti yang telah diambil oleh E.A.S. dan juga menghargai kerjasama E.A.S. di bidang tenaga, yang mana telah meningkatkan usaha mempromosi penggunaan tenaga secara efisien, penjimatan tenaga dan penggunaan teknologi bersih. Baginda juga mengalu-alukan sidang Mesyuarat Menteri-menteri Tenaga Ke-5 yang akan diadakan di Negara Brunei Darussalam pada tahun hadapan.
-- Hak milik Pelita Brunei
Monday, 1 November 2010
Kunjungan Hormat Kepada Presiden Republik Sosialis Viet Nam
Posted by Neo Minda on 12:40


0 comments:
Post a Comment