Laporan : Dk. Hjh. Fatimah Pg. Hj. Md. Noor dari Ha Noi, Viet Nam
Hanoi, Viet Nam (31/10/2010) - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berpuas hati dengan kemajuan yang telah dicapai setakat ini dalam Perjanjian Perdagangan Barangan di Bidang Perkhidmatan dan Pelaburan (Services and Investment Agreement).
Dalam hubungan ini ASEAN mengalu-alukan rancangan Republik India untuk mengadakan Sidang Kemuncak Perniagaaan ASEAN-India pada tahun depan yang mana akan membuka banyak peluang-peluang perniagaan. Republik India adalah rakan strategik ASEAN yang penting diikuti dengan saiz ekonominya yang besar berpotensi luas bagi ASEAN meningkatkan kerjasama dengan Republik India.
Baginda juga menghargai hasrat Republik India untuk bekerjasama dengan ASEAN dalam mempertingkatkan laluan serantau. Dasar India 'Pandang Ke Timur' (Look East Policy) dan wawasan untuk mewujudkan 'Arc of Advantage' bagi rantau ini adalah selari dengan Pelan Induk Kesalinghubungan ASEAN (ASEAN's Master Plan On Connectivity) dan juga objektif ASEAN untuk mengadakan Perjanjian Pengangkutan Udara dan Perjanjian 'Open Skies' di antara ASEAN-India.
Dalam kontekas ini, baginda berharap akan dapat bekerja rapat dengan Republik India dalam mencapai usaha berkenaan.
Baginda juga melihat India sebagai rakan penting dalam menangani cabaran keselamatan serantau. Dalam hal ini baginda mencadangkan untuk diadakan aktiviti-aktiviti ang praktikal di bawah rangka kerja Kenyataan Bersama bagi Kerjasama Menentang Keganasan Antarabangsa ASEAN-India terutama sekali dalam bidang pembangunan kupayaan dan latihan.
Baginda menyuarakan demikian ketika berkenan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-India Ke-8 bersama Ketua-ketua Negara ASEAN dan Perdana Menteri India, Tuan Yang Terutama Mahmohan Singh di Pusat Persidangan Kebangsaan di sini.
Baginda bersama Ketua-Ketua Negara ASEAN dan India bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan kerjasama di antara ASEAN dan India.
Baginda berpuas hati dengan usaha-usaha berterusan dalam meningkatkan kerjasama dalam bidang ICT, sains dan teknologi, perubahan iklim dan alam sekitar.
Sebagai rakan penting ASEAN dalam menangani cabaran sekuriti serantau, baginda mencadangkan untuk diadakan aktiviti-aktiviti yang praktikal di bawah rangka kerja Kenyataan Bersama bagi Kerjasama Menentang Keganasan Antarabangsa ASEAN-India (Joint Declaration for Cooperation to Combat International Terrorism) terutama sekali dalam bidang pembangunan keupayaan dan latihan.
Baginda jua berharap penubuhan ASEAN-India Roundtable dan juga ASEAN-India Eminet Persons Group akan dapat menghadapkan cadangan-cadangan dan idea untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama ASEAN-India terutama dengan menjelangnya Sidang Memperingati yang akan diadakan pada tahun 2012 nanti.
-- Hak milik Pelita Brunei
Monday, 1 November 2010
Sidang Kemuncak ASEAN-India Membuka Banyak Peluang Perniagaan
Posted by Neo Minda on 12:39


0 comments:
Post a Comment