Sunday, 14 November 2010

Masuki Pasaran Kerja Melalui Program Edexcel Business Dan BTEC

Twitter Facebook More

Oleh : Haniza binti Abdul Latif

Bandar Seri Begawan (05 November 2010) - Dengan mempunyai kelayakkan seperti Program Edexcel Business and Technical Education Council (BTEC), pelajar-pelajar dapat memasuki pasaran kerja, diberikan kemahiran dan pengetahuan yang lengkap.


Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong ketika menyatakan demikian berkata program tersebut memberikan kesempatan bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran dan ini mencerminkan sifat dari Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN21) yang mencipta pusat ganda untuk pendidikan tinggi.

Berucap di Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara Kementerian Pendidikan dengan Edexcel Pearson Company di Hotel Antarabangsa Rizqun, Yang Berhormat menjelaskan pelbagai kursus di bawah Sijil Pengenalan BTEC akan di berikan kepada lima peratus kelompok pelajar-pelajar sekolah menengah dan memperlihatkan kesungguhan serta komitmen dalam menyediakan keperluan-keperluan para pelajar dalam memperkembangkan dan menyedari setiap potensi-potensi individu.

Yang Berhormat berharap pelajar-pelajar akan memberikan manfaat dan kejayaan dalam pembelajaran mereka sebagaimana program-program ini adalah lebih kepada kedudukan praktikal dan asas kemahiran.

Terdahulu Yang Berhormat menyaksikan penandatanganan memorandum tersebut dengan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Dato Paduka Awang Haji Md. Daud bin Mahmud mewakili Kementerian Pendidikan, manakala Edexcel Pearson Company diwakili oleh Pengarah Antarabangsa Edexcel, Tuan Patrick Casey.

Selain menyaksikan penandatanganan itu Yang Berhormat juga menyaksikan klip video dari Edexcel, Pengenalan BTEC, SPN21 dan BTEC dan seterusnya menyaksikan pameran.

Program Edexcel BTEC diiktiraf dan diakui di peringkat antarabangsa dan kelayakan yang berkaitan vokasional/pekerjaan yang direka khusus untuk mengembangkan lagi kemahiran praktikal di samping mempromosikan pembelajaran bersendirian.

Di samping itu, program tersebut sesuai untuk sebahagian besar pelajar dan membuka lebih banyak pilihan untuk laluan akademik dan kerjaya mereka dan menyediakan pelajar untuk dunia pekerjaan atau membolehkan mereka untuk maju ke tahap yang lebih tinggi.

Pelajar-pelajar yang mengikuti program ini dinilai secara dalaman, di mana pelajar-pelajar belajar kehidupan sebenar, kes pembelajaran yang berasaskan pekerjaan dan melengkapkan projek-projek serta mengikuti ujian-ujian dan dijalankan selama satu setengah tahun.

Pusat utama bagi Sijil Pengenalan BTEC adalah Jabatan Peperiksaan dengan dibantu oleh Jabatan Sekolah-sekolah dan sebanyak 28 buah sekolah menengah kerajaan akan terlibat menawarkan program ini dan menjadi 'sub-sites'.

Pelajar pengambilan pertama akan dijangka menamatkan pengajian BTEC 'Introductory Certificate' pada akhir bulan Jun 2012 dan dengan kelayakan itu nanti, mereka boleh meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya, iaitu BTEC 'First Certificate' selama satu tahun. Jumlah pelajar yang akan didaftarkan pada tahun ini adalah kira-kira seramai 900 orang.

-- hak milik Pelita Brunei

0 comments:

Post a Comment