Thursday 18 November 2010

Tabung Anak Yatim Daerah Brunei Dan Muara Terima Sumbangan Derma

Twitter Facebook More

Bandar Seri Begawan (12 November 2010) - Pemangku Timbalan Ketua Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan, Jennie Wong hari ini menyerahkan sumbangan derma sebanyak BND2,000 kepada tabung anak-anak yatim Daerah Brunei dan Muara.


Penyerahan sumbangan yang berlangsung di Pejabat Daerah Brunei dan Muara itu diterima oleh Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Haji Jamain bin Momin.

Sumbangan derma berkenan adalah sebahagian daripada hasil kutipan dari berbagai pihak di Kementerian Pendidikan melalui tajaan Acara Sukan Ria bagi para pelajar berkeperluan khas tahun 2010 yang telah diadakan bersempena sambutan 'International Day for the Disabled People 2010' pada awal Oktober lalu.

Manakala, sebahagian daripada wang kutipan akan digunakan untuk membantu dan membeli peralatan-peralatan khas dan sumber-sumber pembelajaran khusus untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah kerajaan di negara ini.

Majlis juga disaksikan oleh beberapa orang pegawai dari Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan. -- hak milik Pelita Brunei

0 comments:

Post a Comment