Thursday 18 November 2010

Lembaga Hal Ehwal Keagamaan Republik Viet Nam Adakan Lawatan

Twitter Facebook More

Bandar Seri Begawan (12 November 2010) - Serombongan 12 orang delegasi Lembaga Hal Ehwal Keagamaan Republik Viet Nam, yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Agung Lembaga Hal Ehwal Keagamaan Republik Viet Nam, Tuan Pham Huy Tho, telah mengadakan lawatan ke Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan tempat-tempat pelancongan di negara ini.


Ketibaan rombongan tersebut dialu-alukan oleh Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Ismail Haji Abdul Manap dan seterusnya diberikan taklimat, tayangan video koprat KHEU dan sesi soal jawab.

Kemudian para rombongan mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Tetap KHEU, Dato Paduka Awang Haji Mahdi POKDGSDDLU Haji Abdul Rahman.

Lawatan selama lima hari ke negara ini antara lain bertujuan untuk mengetahui sistem pentadbiran dan pengurusan hal ehwal ugama Islam di negara ini selain untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta berkongsi pengetahuan dan pandangan di antara kedua pihak.

Semasa berada di negara ini rombongan akan mengadakan lawatan ke Masjid Omar Ali Saifuddien, Jame 'Asr Hassanil Bolkiah, Balai Pameran Pusat Da'wah Islamiah, Jabatan Mufti Bangunan Alat-alat Kebesaran Diraja dan Galeri Kebudayaan dan Pelancongan Kampung Air. -- hak milik Pelita Brunei


(Oleh : Rohani Haji Abd. Hamid)

0 comments:

Post a Comment