Sunday, 31 October 2010

Berangkat Saksikan Persembahan Toyoto Klasik Konsert

Twitter Facebook More

Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

Bandar Seri Begawan (30/10/2010) - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman berkenan berangkat ke persembahan Toyoto Klasik Konsert 'Orkestra Citta di Firenze' 2010 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.


Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Pengarah Urusan NBT (Brunei) Sendirian (Sdn) Berhad (Bhd), Tuan Ninan Chacko serta pegawai-pegawai kanan NBT (Brunei) Sdn Bhd.

Sejurus keberangkatan YTM, lagu kebangsaan 'Allah Pelihara Sultan' dikumandangkan oleh 'Orkestra Citta di Firenze'.

Pada konsert tersebut, YTM juga berkenan menerima sumbangan berjumlah BND80,000 dari Pengarah Urusan NBT (Brunei).

YTM kemudian berkenan mengurniakan penyampaian sumbangan sebanyak BND40,000 kepada Pemegang Amanah Kanan Pusat Ehsan Bengkurong, Dato Paduka Awang Haji Alimin bin Haji Abdul Wahab dan seterusnya menyampaikan sumbangan BND40,000 kepada Presiden Persatuan 'Learning Ladders Society', Dr. Sharina Yunus.

Sementara itu, Pengarah Urusan NBT (Brunei) Sdn Bhd, Tuan Ninan Chacko dalam sembah alu-aluannya antara lain menyatakan kebanyakan orang ramai tidak menyedari yang NBT sebenarnya telah menyumbangkan, daripada produk-produk mereka sendiri, lebih daripada BND2,000,000 dari 16 Toyota Klasik yang terkini.

Beliau seterusnya mendedahkan pada tahun ini NBT tidak mengharapkan Toyota Klasik, dari pembatalan global automotif Toyota, iaitu satu masa dugaan yang sangat sukar bagi Toyota Motor Coporation (TMC).

Walau bagaimanapun katanya, melalui tempoh yang sukar itu TMC, terus mengambil peduli dan ini bermakna integriti terbesar dan ketabahan syarikat yang telah mempunyai niat yang baik dan kepercayaan pelanggannya, di pelusuk dunia.

Beliau menegaskan bahawa ia agak luar biasa, kerana dalam melakukan demikian, TMC, malah, seterusnya mengurangkan sumber kewangan semasa keadaan ekonomi semasa yang mencabar.

'Orkestra Citta di Firenze' telah ditubuhkan oleh beberapa kebanyakan pemuzik-pemuzik yang berbakat dari Itali yang dipimpin oleh konduktor Lorenzo Castriota Skanderbeg yang sehingga kini memimpin orkestra tersebut.

-- Hak milik Pelita Brunei

0 comments:

Post a Comment