Sunday, 31 October 2010

Curi Kereta Antara Kes Dilaporkan Tempoh Empat Hari

Twitter Facebook More

Oleh Rafidah Jumat

Bandar Seri Begawan (29/10/2010) - Mesin juruwang, beberapa pasang baju dan seluar, telefon bimbit, peralatan memancing, komputer riba, barang kemas, lesen memandu, kad ATM, kad pengisian semula, wang terkumpul $560 dan fius elektrik adalah sebahagian barang yang dilaporkan hilang dalam tempoh empat hari kebelakangan.


Turut dilaporkan hilang ialah sebuah kereta jenis Nissan Sunny dengan pendaftaran BS2352 pada 22 Oktober lalu di kawasan Kampung Beribi.

Kes lain yang diterima dalam tempoh yang sama termasuk pukul, amah lari daripada majikan, menjatuhkan maruah, rosak barang, tipu, surat ancaman dan gaji tidak dibayar.

Kesalahan di bawah akta pula membabitkan Akta Judi dengan tangkapan dua lelaki tempatan, Akta Penyalahgunaan Dadah, Akta Kastam dan Akta Imigresen.

Bagi kes kemalangan pula, sebanyak 51 kes telah dilaporkan dengan dua orang mendapat cedera parah dan seorang mengalami cedera ringan.

Dari jumlah itu, 25 darinya membabitkan kemalangan kereta dengan kereta manakala selebihnya (26 kes) berpunca dari kemalangan sendiri.

-- hak milik Media Permata

0 comments:

Post a Comment