Oleh Mohamd Asyramsiyanie
Bandar Seri Begawan (29/10/2010) - Pusat Inovasi bersama Asia Inc Forum hari ini menjayakan Forum Teknologi "Think Big" kali ke-3 di The Empire Hotel and Country Club Jerudong.
Lebih 200 delegasi terlibat di majlis itu turut menyaksikan pakar dalam industri ICT dan juga individu yang terlibat dengan aplikasi teknologi dalam perniagaan dan kerajaan.
Tahun ini beberapa nama besar dijemput untuk menjayakan forum itu antaranya Ken Wye Saw, Khoong Hock Yun, Rebecca Fannin dan Kevin Walsh yang berkongsi pelbagai perbincangan berkaitan dengan teknologi. Antara tajuk yang dibentangkan di majlis itu adalah "Inovasi: Penyampaian Teknologi Bertaraf Dunia di Brunei, Inovasi Teknikal BSP: Cerita Juara, Menanai Masa hadapan: Trend Global dan Cabarannya, E-Kerajaan: Penghubung Dengan Rakyat Dan Inovasi Teknologi Globalisasi".
Majlis yang berlangsung itu dihadiri oleh Menteri Pendidikan, Pehin Dato Seri Setia Dr Haji Abu Bakar Apong yang turut berkesempatan merasmikan forum ketiga Think Big. Dalam majlis makan tengah hari pula, Menteri Perhubungan, Pehin Dato Seri Setia Haji Abdullah Haji Bakar hadir selaku jemputan khas.
Forum Teknologi The Think Big itu adalah hasil kerjasama padu Syarikat Minyak Brunei Shell dan Microsoft. Majlis hari ini didahului dengan ucapan dari Pengarah Pengurusan BSP, Dr Grahaeme Henderson sebelum dirasmikan oleh Menteri Pendidikan.
-- hak milik Media Permata
Sunday, 31 October 2010
Forum Teknologi Think Big Kali Ke-3
Posted by Neo Minda on 02:16
0 comments:
Post a Comment