Wednesday, 27 October 2010

Kejohanan ASEAN Senior Amateur Golf, Pemangkin Mencapai Pemain Berstatus Tinggi

Twitter Facebook More

Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Hj. Ahmad

‘The 27th ASEAN Senior Amateur Golf Championship 2010’ dilancarkan oleh Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Hajah Adina binti Othman. (Foto : Hj. Masmaleh Hj. Mohd. Ali)

Bandar Seri Begawan (27 Oktober) - Penglibatan para belia terutama sekali di kalangan orang-orang muda dalam sukan golf sejak usia awal adalah tanda sihat daripada perkembangan dan kemajuan permainan sukan yang dialami di negara ini.


Perkara sebegini selari dengan peningkatan keunggulan pemain-pemain golf di arena antarabangsa dan harapan utama adalah bahawa suatu hari pemain golf kita akan mencapai status yang tinggi seperti yang sedang dilalui oleh pemain-pemain golf ASEAN dan Asia Timur.

Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Hajah Adina binti Othman menyatakan demikian di Majlis Pembukaan Rasmi 'The 27th ASEAN Senior Amateur Golf Championship 2010'.

Beliau menyatakan, beberapa dekad terakhir peningkatan populariti golf di negara ini semakin meningkat dan beberapa pemain golf muda sekarang bermain di litar profesional.

Golf katanya, juga disenaraikan sebagai salah satu sukan yang ditawarkan di Sekolah Sukan di bawah Kementerian Pendidikan.

"Sukan seperti golf dapat memberikan latihan untuk seluruh tubuh, mulai dari latihan menguatkan otot padat jantung dan keseimbangan yang lebih baik," ujarnya.

Dalam sesuatu pertandingan, katanya, sukan golf melibatkan daya tahan yang baik, disiplin dan tumpuan mental yang tinggi serta kemahiran.

Di samping manfaat fizikal, sukan ini akan membantu dalam memberikan sumbangan nilai-nilai sukan, terutama di kalangan orang-orang muda yang mana melalui golf, ia boleh mendapatkan kepercayaan diri dan tujuan serta memberikan mereka pelajaran hidup yang diajar oleh sukan.

Selain itu, tambahnya, apa yang menarik perhatiannya ialah pemain-pemian golf pada perlawanan tahun ini merangkumi beberapa pemain golf senior yang berada di tahun 80-an mereka.

Penyertaan warga senior ini jelasnya, sangat dihargai dan benar-benar selaras dengan aspirasi nasional, serantau dan antarabangsa untuk tujuan "active ageing".

Majlis pembukaan rasmi diadakan di Songket Ballroom, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong di sini yang turut dihadiri oleh Ketua Pasukan Golf Negara Brunei Darussalam, Pengiran Dato Paduka Seri Mejar Jeneral (B) Abidin bin Pengiran Haji Ahmad serta wakil-wakil daripada persatuan-persatuan golf dari enam buah anggota negara ASEAN.

Seramai 254 pemain golf menyertai kejohanan kali ini iaitu seramai 38 orang dari Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia menghantar seramai 44 orang, Malaysia seramai 47 orang, Republik Filipina seramai 38 orang, Republik Singapura seramai 34 orang dan Thailand seramai 53 orang.

Kejohanan selama tiga hari itu bermula hari ini dan berkahir pada 28 Oktober 2010 yang melibatkan dua buah lokasi di sekitar Jerudong iaitu Empire Hotel and Country Club dan Royal Brunei Airlines (RBA) Golf and Country Club.

-- hak milik Pelita Brunei

0 comments:

Post a Comment