Barisan pemain Bahagian Penaksiran dan Pejabat Tanah Belait bergambar ramai selepas kejohanan berakhir.
Bandar Seri Begawan (27/10/2010) - Bahagian Penaksiran menjuarai Kejohanan Badminton Sempena Sambutan Jubli Emas Jabatan Tanah yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan 2, Jalan 77, Kampung Perpindahan Lambak Kanan baru-baru ini.
Tujuh pasukan terdiri dari Pejabat Tanah Daerah Brunei Muara, Pejabat Tanah Daerah Tutong, Pejabat Tanah Daerah Belait, Pejabat Tanah Daerah Temburong, gabungan Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Teknikal & Penyelidikan, gabungan Bahagian Perkhidmatan & Kawalan dan Bahagian Pengurusan & Pelupusan dan dari Bahagian Penaksiran menyertai kejohanan yang dikelolakan oleh Bahagian Penaksiran itu.
Naib johan disandang Pejabat Tanah Belait manakala tempat ketiga dikongsi bersama Pejabat Tanah Daerah Tutong dan gabungan Bahagian Perkhidmatan & Kawalan dan Bahagian Pengurusan & Pelupusan.
Hadiah disampaikan Pesuruhjaya Tanah, Pengiran Abd Wahab Pengiran Hassan.
-- hak milik Media Permata
0 comments:
Post a Comment