Oleh Yusrin Junaidi
Bandar Seri Begawan (29/10/2010) - Seramai 35 orang peserta terdiri daripada Timbalan Pengetua, Guru Besar, Penolong Guru Besar dan Guru Kanan yang menyertai Kursus Membina Kecemerlangan, Keberkesanan Kepimpinan dan Pengurusan Pengetua, Guru Besar dan Guru Kanan sekolah-sekolah agama (gambar atas) hari ini menerima sijil tamat kursus berkenaan.
Kursus selama empat hari itu berakhir hari ini dengan penyampaian sijil penyertaan disempurnakan oleh Ketua Bahagian Institut Pengajian, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Agama, Hajah Sinega Haji Swadi.
Majlis penyampaian sijil itu yang dimulakan dengan bacaan doa selamat berlangsung di Dewan Melor, Tingkat 2 KHEU.
Acara diteruskan dengan persembahan pembentangan daripada setiap kumpulan dengan diketuai oleh fasilitator Pengiran Dato Paduka Haji Yusof Haji Kula.
Objektif kursus berkenaan antara lain ialah untuk membina kecekapan dan keberkesanan kepimpinan dan pengurusan seorang pemimpin sekolah, menjadikan pemimpin sekolah yang berjaya sebagai pengurus, pentadbir dan pemimpin sekolah yang berkesan dan meningkatkan keberkesanan tugas dan peranan sebagai seorang pemimpin sekolah.
Kursus berkenaan juga bertujuan memberikan peserta kemahiran dalam bidang kepimpinan dan pengurusan sekolah termasuk dari segi pentadbiran, kurikulum, pembelajaran dan disiplin.
-- hak milik Media Permata
Sunday, 31 October 2010
Kursus Memantapkan Pengurusan Sekolah Agama
Posted by Neo Minda on 01:57
0 comments:
Post a Comment