Oleh Yusrin Junaidi
Bandar Seri Begawan (29/10/2010) - Persatuan Kilang Papan Brunei akan menganjurkan Larian Cabaran Bukit Shahbandar ke-7 di Taman Rekreasi Hutan Bukit Shahbandar pada 5 Disember ini bermula pukul 7.00 pagi.
Larian tersebut dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama bersempena Hari Hutan Sedunia.
Menurut kenyataan penganjur, acara itu dibuka untuk penyertaan orang ramai dan dibahagikan kepada 10 kategori iaitu Lelaki Terbuka (khusus untuk pelari kebangsaan sahaja), Lelaki Amatur (bagi peserta lelaki tanpa had umur), kategori B (bagi lelaki berusia 36 - 49 tahun), kategori C (lelaki berusia 50-59 tahun), kategori D (perempuan berusia 15 - 35 tahun).
Kategori E (perempuan berumur 36 - 45 tahun), kategori F (perempuan berumur 46 - 59 tahun), kategori warga emas (60 tahun ke atas), kategori kanak-kanak ( lelaki berumur 8 - 14 tahun) dan kategori kanak-kanak (perempuan 8 - 14 tahun).
Borang-borang penyertaan boleh didapati daripada Ibu Pejabat Perhutanan, Jalan Menteri Besar, Bandar Seri Begawan, SKP Brunei Timber, SKP Haji Abang dan Ppejabat Perhutanan Cawangan Tutong, SKP Forestry, SKP Maskayu dan Pusat Perhutanan Brunei Sungai Liang, SKP Sg Bantaian dan Pejabat Perhutanan Cawangan Temburong serta Taman-taman Rekreasi Jabatan Perhutanan.
Yuran penyertaan ialah antara $5.00 hingga $20 bergantung kepada kategori penyertaan dan tarikh tutup bagi pendaftaran ialah pada 2 Disember 2010.
-- hak milik Media Permata
Sunday, 31 October 2010
Larian Cabaran Bukit Shahbandar Ke-7
Posted by Neo Minda on 01:57
0 comments:
Post a Comment